Skip to main content

Pelancaran Minggu STEM 2025

 Pada 13 November 2025, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menganjurkan Minggu STEM sebagai salah satu usaha meningkatkan minat murid terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Program ini melibatkan semua murid tahap 1 dan tahap 2 serta disertai oleh guru-guru Panitia STEM.

Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Shahir bin Shahfie, Penolong Kanan 1 SK Pulau Tinggi. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan pendedahan awal kepada STEM bagi melahirkan murid yang berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran dunia masa kini.

Sebelum perasmian dijalankan, hadirin turut mendengar ucapan alu-aluan daripada Encik Muhammad Khairulzakirin bin Mohd Yusof, Ketua Panitia Sains SK Pulau Tinggi. Beliau menyatakan harapan agar Minggu STEM dapat mencetuskan kreativiti dan inovasi murid melalui aktiviti yang dirancang.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik telah dijalankan sepanjang program, antaranya:

  1. Pertandingan Mewarna – menguji kreativiti murid tahap 1 melalui tema sains dan teknologi.

  2. Membina Menara Paling Tinggi – aktiviti kejuruteraan yang menekankan kestabilan struktur dan daya kreativiti.

  3. Pertandingan Kapal Terbang Kertas – menguji kemahiran aerodinamik asas dan ketepatan.

  4. Pertandingan Roket Air – aktiviti popular yang menggabungkan konsep tekanan udara dan daya tujahan.

  5. Cabaran Drone – pertandingan mengawal drone melalui halangan yang ditetapkan, menguji kemahiran teknologi dan koordinasi.

  6. Pertandingan Robot Tempur – murid membina robot ringkas dan menguji ketahanan serta fungsi robot dalam arena khusus.

Secara keseluruhannya, Minggu STEM SK Pulau Tinggi 2025 telah berlangsung dengan jayanya. Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada murid untuk meneroka dunia sains dan teknologi, malah menggalakkan pembelajaran aktif dan kolaboratif. Pihak sekolah berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan generasi yang kreatif, inovatif dan celik STEM.

Majlis Pelancaran















Pertandingan Kapal Terbang Kertas











Cabaran DRONE









Membina Menara













Pertandingan Mewarna






Pertandingan Robot Tempur




























Pertandingan Roket Air




























Majlis Penutup 






































Comments

Popular posts from this blog

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing

 Pada 1 hingga 2 Julai 2025 , Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSD Mersing yang telah berlangsung di Dewan Tok Mior, Endau . Penyertaan kali ini merupakan antara penyertaan terpenting sekolah dalam acara sepak takraw di peringkat daerah dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dari seluruh daerah Mersing. Pasukan SK Pulau Tinggi telah diwakili oleh empat orang atlet muda yang berbakat besar iaitu Mohamad Ridhuan Shah bin Zurini (Tahun 5), Muhammad Aidil Zakwan bin Kamarulzaman (Tahun 4), Muhammad Mikail Safuan bin Abdul Hafiz (Tahun 4), dan Muhammad Saifullah bin Abdul Azim (Tahun 3). Walaupun masih muda dan baharu dalam penyertaan kejohanan peringkat daerah, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta permainan yang mantap sepanjang kejohanan berlangsung. Dengan bimbingan dan latihan rapi daripada juru latih sekolah, Encik Abdul Mu'iz bin Abdul Aziz , pasukan ini telah berjaya menempatkan di...

AKTIVITI PERKHEMAHAN PERDANA SK PULAU TINGGI 2025

 Perkhemahan Perdana SK Pulau Tinggi bagi tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 26 hingga 28 Oktober 2025 bertempat di Tapak Perkhemahan Chalet Tok Mok, Pulau Tinggi . Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah, jati diri serta semangat kerjasama dalam kalangan murid melalui aktiviti berasaskan kemahiran dan kepimpinan. Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Othman bin Taib . Seramai 16 orang peserta terdiri daripada murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 telah menyertai program ini dengan penuh semangat dan disiplin yang tinggi. Sepanjang tiga hari perkhemahan berlangsung, pelbagai aktiviti menarik dan mencabar telah dijalankan seperti pioneering, pertandingan sand castle, explore race, masakan rimba, permainan tradisional zero point, serta persembahan malam kebudayaan . Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada peserta tetapi juga memupuk nilai tanggungjawab, kepimpinan dan kerjasama dalam kumpulan. Majlis pe...

Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds

 Pada hari Isnin, 7 Julai 2025, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menyertai Program STI 100 Kuasa 3 dan STEM in 30 Seconds yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini telah dilaksanakan di kantin sekolah sebagai sebahagian daripada pelaksanaan peringkat sekolah di bawah inisiatif nasional KPM untuk memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta STEM. Program bermula pada pukul 7.30 pagi dengan taklimat ringkas oleh guru penyelaras program yang menerangkan objektif dan pengisian aktiviti. Aktiviti pertama ialah STI 100 Kuasa 3 , di mana murid-murid didedahkan kepada 100 aktiviti dan demonstrasi sains ringkas yang menyeronokkan. Murid berpeluang melakukan sendiri eksperimen-eksperimen mudah menggunakan bahan terpakai dan peralatan asas, sambil dibimbing oleh guru dan fasilitator yang terlibat. Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti STEM in 30 Seconds , iaitu satu cabaran kreatif di mana murid diberi masa hanya ...