Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2023

Misi Dakwah dan Kebajikan Pulau Tinggi Muslim Care Malaysia Society

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.... 30 Julai 2023, SK Pulau Tinggi telah menerima kunjungan daripada Muslim Care Malaysia Society (MCMS). Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk memberi penerangan tentang matlamat dan tujuan kewujudan pertubuhan ini kepada guru-guru dan murid-murid di SK Pulau Tinggi. Pihak MCMS juga telah memberi sumbangan peralatan sekolah kepada murid-murid. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MCMS kerana diatas kesudian memilih SK Pulau Tinggi sebagai lokasi kunjungan misi dakwah dan kebajikan pada kali ini. Semoga pihak tuan dapat sekali lagi melawat ke sekolah kami pada masa akan datang. Sekian , terima kasih.

Kem Bestari Solat SK Pulau Tinggi 2023

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hari ini telah berlangsungnya program Kem Bestari Solat dibawah anjuran panitia Pendidikan Islam SK Pulau Tinggi. Sasaran program pada kali ini adalah murid-murid tahap 2 iaitu daripada Tahun 4 ,5 dan 6. Antara tujuan kem ini diadakan adalah untuk membimbing murid-murid untuk menunaikan ibadah solat dengan lakuan dan cara yang betul. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang hadir pada hari ini. Semoga murid-murid SK Pulau Tinggi akan terus cemerlang dari segi akademik, akidah dan jasmani.

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Pulau Tinggi 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, kerana limpah dan kurniaNya dapatlah Kejohanan Merentas Desa pada hari ini berjalan dengan lancar. Kejohanan pada kali ini telah melibatkan seramai 20 orang peserta daripada murid-murid SK Pulau Tinggi. Antara perjalanan kejohanan pada pagi ini adalah dimulakan dengan senamrobik. Kemudian, Encik Muhammad Hamzi bin Esahal , GPK Ko SK Pulau Tinggi telah menyampaikan ucapan dan memberi penerangan kepada murid tentang Kejohanan Merentas Desa. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua murid yang telah menunjukkan kesungguhan dalam kejohanan pada kali ini. Keputusan Rasmi Kejohanan Merentas Desa Kategori Lelaki Johan                     : Mohamad Ridhuan Shah b Zurini Naib Johan           : Muhammad Mikail Safuan b Abdul Hafiz Ketiga                     : Muhammad Saifullah b Abdul Azim Kategori : Perempuan Johan                     : Nur Hidayah bt Zurini Naib Johan           : Nur Rania Raisyah bt Muhammad