Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2022

Program Ihya Ramadan (Panitia Pendidikan Islam)

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.... Pada 31 Mac 2022 yang lalu. Panitia Pendidikan Islam SK Pulau Tinggi telah mengadakan program "Ihya Ramadan" sempena tibanya ramadan tidak lama lagi. Antara inti pati yang terdapat dalam program tersebut adalah seperti pertandingan mewarna dan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Shahir. Semoga dengan pendedahan awal melalui ceramah yang disampaikan dapat membuatkan murid-murid khususnya di Pulau Tinggi ini agar lebih bersedia untuk menghadapi ujian dan cabaran semasa menunaikan ibadah puasa tidak lama lagi. Semoga ibadah puasa kita diterima olehNya... insya Allah..