Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2016

Selamat Hari Lahir Ismail Dan Sumaiyah

Hari ini, 31 Julai 2016 (Ahad), pihak sekolah mengucapkan selamat hari lahir kepada adik Ismail Bin Ibrahim dari kelas Tahun 3 Arif dan adik Sumaiyah Binti Ibrahim dari kelas Tahun 2 Arif. Adik Ismail menyambut hari lahirnya yang ke-9 tahun pada 7 Jun yang lepas, manakala adik Sumaiyah pula menyambut hari lahirnya yang ke-8 tahun pada 11 Julai yang lepas. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, menjadi seorang anak yang soleh dan solehah dan semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Insya Allah.  Encik Hamzi (GPK Kokurikulum) menyampaikan hadiah hari lahir kepada adik Ismail. Encik Hamzi (GPK Kokurikulum) menyampaikan hadiah hari lahir kepada adik Sumaiyah.

Troli SK Pulau Tinggi

Ceritanya, cikgu-cikgu SKPT ni bila habis cuti sekolah, nak masuk semula ke pulau, barangnya banyaknya la hai..hehe Yela, dengan barang sekolah, barang dapur, barang persendirian dan sebagainya. Bila kami sampai di pulau biasanya, kami akan meminjam troli dari Klinik Desa Pulau Tinggi atau Chalet Tok Mok. Budaya meminjam troli itu sudah menjadi kebiasaan untuk guru-guru pulau. Kami mana la ada troli besar seperti yang ada di klinik dan chalet Tok Mok tu. Jadi, setelah berbincang sesama kami, pada 29 Januari 2016, semua guru akhirnya sepakat untuk bekerjasama membuat sebuah troli untuk kegunaan guru-guru SKPT. Cikgu Jai, orang kuat projek ini.   Proses pembuatan. Inilah hasilnya, siap cat lagi tu. Ada kod sekolah, konon-konon macam nombor pendaftaran kereta gitu. Masing-masing gembira, puas hati. Yela, hasil titik peluh sendiri, mestilah seronok. Kegembiraan turut dikongsi bersama anak murid tersayang.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pelaporan Prestasi Murid 2016

Setelah berlangsungnya Program Marhaban Peringkat SK Pulau Tinggi pada malam semalam (20 Julai 2016), pihak sekolah seterusnya menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pelaporan Prestasi Murid bagi Tahun 2016. Majlis ini dilangsungkan pada 21 Julai 2016. Sebelum majlis bermula, guru-guru sibuk membuat persiapan tempat. Banner Sambutan Hari Raya Aidilfitri Brosur Murid-murid kelihatan ceria menggayakan Baju Raya mereka Sebelum majlis bermula Bermulanya majlis apabila pengacara majlis memberikan ucapan alu-aluan Bacaan doa oleh Ustaz Fazuli Ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar, Encik N. Aniham Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh YDP PIBG, Encik Rahaman Bacaan selawat / marhaban diketuai oleh Ustaz Shahir Agenda diteruskan lagi dengan sesi fotografi. Warga sekolah bergambar kenangan dengan para ibu bapa Warga Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi bagi sesi 2016 Warga pendidik SK Pulau

Program Marhaban Peringkat Sekolah 2016

Program Marhaban sudah menjadi salah satu acara yang wajib tahunan dilaksanakan oleh komuniti Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi. Program ini diadakan di setiap malam sepanjang bulan Syawal setiap tahun. Justeru, pihak sekolah juga tidak ketinggalan untuk turut serta mengikuti program komuniti ini. Program seperti ini sememangnya mampu mengeratkan hubungan yang baik antara komuniti Pulau Tinggi dan warga sekolah secara amnya.       Sebelum pelaksanaan program tersebut, warga sekolah telah mengadakan mesyuarat bagi menentukan jawatankuasa pelaksana, tarikh, masa, aturcara majlis dan menu makanan. Hasil daripada perbincangan tersebut, pihak sekolah telah mencapai kata sepakat bagi beberapa perkara berikut:-                                         Tarikh                : 19 Julai 2016 (Selasa)                                          Masa                 : 09.00 - 10.30 malam                                          Tempat              : Dewan Terbuka SK Pulau Tinggi