Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2022

21 Mac 2022, Pembukaan sekolah sesi 2022/2023 dan Perhimpunan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Alhamdulillah syukur kepada Illahi kerana limpah dan kurniaNya dapat lagi guru-guru dan murid-murid bersua kembali setelah bercuti selama 3 minggu. Kehadiran hari pertama persekolahan pada pagi ini telah disambut dengan hujan rahmat. Sejuk bumi Pulau Tinggi pada pagi ini. Walaupun hari hujan, murid-murid tetap cuba hadir awal ke sekolah pada hari ini. Pihak sekolah mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah kepada semua murid SK Pulau Tinggi, dan selamat datang kepada murid-murid baharu iaitu murid tahun 1 bagi tahun 2022. Semoga semua murid di SK Pulau Tinggi akan terus berjaya pada masa akan datang.