Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2019

Majlis Permuafakatan KPM & PDRM Program "Jom Ke Sekolah" dan Majlis Pelancaran Guru Penyayang Program "Mentor Mentee"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada 18 Mac yang lepas. SK Pulau Tinggi telah melaksanakan dua majlis iaitu Majlis Permuafakatan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia dengan program "Jom Ke Sekolah" dan Majlis Pelancaran Guru Penyayang dengan program "Mentor Mentee". Majlis pada kali ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Rafiee bin Sawal anggota keselamatan Polis Marin Pulau Tinggi. Program ini telah dijalankan serentak satu Malaysia. Tuan guru besar En. Othman bin Taib menyampaikan perutusan PPD Mersing dan En. Mohd Rafiee bin Sawal telah menyampaikan perutusan daripada pihak Polis Diraja Malaysia. Kemudian, diteruskan lagi dengan Majlis Pelancaran Guru Penyayang. Melalui majlis ini, setiap guru akan mendapat mentee dalam kalangan murid SKPT sepanjang tahun 2019. Semoga dengan selesainya pelancaran tersebut, diharapkan guru-guru dapat memberi bimbingan yang sebaik mungkin kepada mentee-mentee khususnya dari segi pendidikan.