Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2019

Kejohanan Merentas Desa MSSD

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini 22 Januari telah berlangsungnya acara kejohanan merentas desa peringkat daerah. Tuan rumah bagi kejohanan pada tahun ini adalah SMK Nitar. SK Pulau Tinggi turut menghantar peserta seramai 1 orang iaitu Nor Hayati Suhana, 12 tahun. Tahniah dah syabas diucapkan atas kesungguhan yang ditunjukkan oleh Suhana kerana berjaya menamatkan larian pada jarak sejauh 4KM dengan catatan masa 34 minit.

Majlis Penutupan Minggu Transisi Tahun 1 & Majlis Pelancaran Program Gigi Sihat Nafas Segar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Semalam SKPT telah menjalankan satu Majlis Penutupan Minggu Transisi Tahun 1 & Majlis Pelancaran Program Gigi Sihat Nafas Segar di dewan SK Pulau Tinggi. Majlis ini telah disempurnakan oleh En. Muhamad Aizat Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM). Dengan berakhirnya minggu transisi tahun 1, maka dengan ini diharapkan kepada semua murid-murid tahun 1 lebih bersedia untuk mengikut silibus pengajaran yang telah dirancang oleh guru-guru dengan jayanya, InsyaAllah.

1Murid 1 Sukan - Catur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Pada 14 Januari yang lalu, murid-murid SKPT telah menjalani latihan 1M1S catur. Sesi penerangan dan latihan permainan catur ini telah dikendali oleh cikgu Abdul Raqib. Penerangan ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid yang tidak pernah melihat permainan catur ini.

Perhimpunan Bulanan Kokurikulum

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Pada 13 Januari yang lalu, SK Pulau Tinggi telah menjalankan satu perhimpunan bulanan kokurikulum. Selaras dengan garis panduan perlaksanaan dasar ini di dalam Surat Pekeliling Ikhtiasas Bil 8/2007. Unit Kokurikulum juga mengadakan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum pada hari pertama minggu ketiga setiap bulan. Perhimpunan ini dikendalikan oleh murid-murid. Lazimnya aktiviti yang dijalankan dalam perhimpunan tersebut ialah doa, ucapan guru penasihat unit kokurikulum, ucapan Pen. Kanan Kokurikulum dan ucapan Tuan Guru Besar. Sekiranya terdapat majlis seperti penyampaian hadiah (sukan/kokurikulum) ianya akan dibuat pada masa tersebut dan diuruskan sepenuhnya oleh murid-murid. Rasionalnya, agar murid-murid dapat mempelajari cara berkomunikasi/ berinteraksi, bagaimana menguruskan acara & protokol serta membiasakan mereka berucap di depan orang ramai (public speaking).

1Murid 1Sukan - Ping Pong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Pada 7 Januari yang lalu, SK Pulau Tinggi telah menjalankan aktiviti sukan iaitu 1Murid 1 Sukan. SK Pulau Tinggi telah menyediakan tiga jenis sukan untuk murid-murid sertai, antaranya adalah sukan Ping Pong, Catur dan Olahraga. Aktiviti sukan ini dijalankan pada setiap hari Isnin bermula pada jam 5.30 hingga 6.30 petang. Antara tujuan 1M1S ini adalah untuk mencungkil bakat murid dalam acara sukan yang bersesuaian. Pada kali ini, murid-murid telah menjalani sesi penerangan dan latihan sukan ping pong yang dikendalikan oleh cikgu Khairulzakirin.

Perjumpaan Pengakap Kali Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pada 2 Januari yang lepas, perjumpaan pengakap kali pertama telah dijalankan. Perjumpaan pengakap akan dijalankan pada setiap hari rabu bermula pada jam 12.30 hingga 1.30 petang. Perjumpaan pada kali ini adalah untuk melantik ahli jawatankuasa dan sedikit penerangan tentang Skim Pengakap Kanak-kanak.

Hari Pertama Persekolahan 2019

Alhamdulillah kita telah melangkah ke tahun 2019. Selamat menyambut tahun baru kepada semua rakyat Malaysia daripada kami warga SK Pulau Tinggi.   Hari ini juga merupakan hari pertama persekolahan bagi murid tahun 1. Tidak banyak ragam dan drama pada hari ini kerana mereka telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menempuh alam persekolahan pada kali ini. Alhamdulillah. Selamat maju jaya dan teruskan berusaha ke arah yang lebih cemerlang terutama pada murid yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini. InsyaAllah, semoga Allah S.W.T memudahkan urusan hidup kita di dunia mahupun di akhirat.