Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2019

Minggu Sains dan Matematik 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera..... Alhamdulillah, selesai sudah program minggu sains dan matematik yang telah bermula pada 14 Julai yang lalu dan berakhir pada 18 Julai 2019. Majlis penutup Minggu Sains dan Matematik ini telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Shahir bin Shafie selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Pulau Tinggi. Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada penganjur program iaitu unit Panitia Sains dan Matematik SK Pulau Tinggi. Terdapat pelbagai aktiviti yang dapat murid-murid sertai, antaranya ialah: Demonstrasi alat pengukuran Matematik dan Sains Pertandingan Diorama Akuarium Aktiviti menghasilkan Terrarium Young Engineer Explorace Majlis Penutupan Minggu Sains dan Matematik