Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2018

Aktiviti TKRS: Membuat Kad Hari Raya

Pada 26/6/2018, unit beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah TKRS telah melakukan aktiviti menghasilkan kad ucapan hari raya. Seperti yang kita sedia maklum. Masyarakat kita pada hari ini sudah tidak lagi menghantar kad ucapan hari raya. Hal ini kerana dengan kemajuan teknologi pada hari ini dengan wujudnya pelbagai aplikasi-aplikasi yang canggih yang lebih terbuka seperti whastapp, facebook dsb. Mereka lebih cenderung menyampaikan ucapan hari raya menggunakan aplikasi-aplikasi tersebut dan ini menyebabkan penggunaan kad ucapan hari raya semakin hari semakin berkurang. Budaya memberi kad hari raya yang semakin berkurang menyebabkan generasi pada hari ini tidak tahu akan kewujudan kad ucapan hari raya ini. Jadi aktiviti yang telah dijalankan oleh TKRS telah berjaya menghasilkan kad ucapan hari raya dan secara tidak langsung murid-murid dapat mengetahui bahawasanya menghasilkan kad ucapan hari raya lebih seronok berbanding menggunakan teknologi yang ada pada hari ini.

Ucapan Selamat Hari Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada hari yang mulia ini, kami warga SK Pulau Tinggi ingin mengucapkan selamat kembali ke kampung halaman bagi semua guru diseluruh Malaysia yang akan mula pulang pada hari ini dan esok. Berhati-hati semasa memandu dan ingatlah orang yang tersayang yang jauh dimata. Semoga hari raya pada tahun ini akan menjadi hari yang penuh bermakna kepada kita semua. Sambutlah dengan penuh rasa syukur dan gembira setelah kita berpuasa selama sebulan. Semoga segala amal ibadah kita sepanjang bulan ramadan ini diterima oleh Allah S.W.T. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA KAMI WARGA SKPT

Kehadiran Terbaik Bulan Mei 2018

Kehadiran Terbaik Bulan Mei 2018 pada kali ini jatuh kepada adik Nur Mieya Soffia Bt Abdullah. Hadiah penghargaan telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Tahniah diucapkan. Semoga terus kekal dengan kehadiran ke sekolah kepada tahap yang lebih baik.

Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis berbuka Puasa

2 jun 2018. komuniti Pulau Tinggi telah mengadakan majlis Khatam Al Quran dan Majlis berbuka puasa. Seramai 16 orang peserta telah terlibat bagi menyempurnakan majlis khatam Al Quran termasuk guru-guru SK Pulau Tinggi. Majlis telah bermula sejak pukul 5.30 petang sehingga pukul 9.30malam (Tarawikh). Selepas solat maghrib, telah berlangsungnya majlis tahlil di atas kemangkatan Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom bte Abdullah D.K., S.M.I.J., Bonda kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. Al fatihah...