Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2020

Majlis Pelancaran Program Jom Datang ke Sekolah & Program Mentor Mentee 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pelbagai dugaan dan cabaran guru-guru SKPT untuk melaksanakan program ini. Guru-guru terpaksa meredah ombak yang kuat semalam (Sabtu) untuk memastikan program yang telah dirancang pada hari ini tetap dapat berjalan seperti yang telah dirancang. Dan alhamdulillah, majlis berjaya dijalankan dengan sambutan dan sokongan yang berterusan daripada pihak ibu bapa amat kami hargai. Majlis perasmian pada pagi ini telah disempurnakan oleh KPL 168442 Mohd Khairul Hazizy bin Mat Zainun selaku pegawai perhubungan di Pulau Tinggi. Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung bagi menjayakan majlis pada hari ini. Segala sumbangan dan jasa baik tuan puan akan kami kenang sehingga ke akhir hayat. Sekian, terima kasih...

Watikah Pelantikan Pengawas & Pengawas Pusat Sumber dan Hari Penetapan Target UPSR 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ini 9 Februari telah berlangsungnya dua majlis iaitu "Watikah Pelantikan Pengawas & Pengawas Pusat Sumber dan Hari Penetapan Target UPSR 2020". Majlis pada hari ini telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Shahir bin Shafie GPK Pentadbiran selaku wakil Guru Besar. Turut hadir ke majlis pada hari ini ialah KPL 168442 Mohd Khairul Hazizy bin Mat Zainun dan L.KPL 201471 Farunizal bin Ibrahim Pegawai Polis Pulau Tinggi. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah terpilih untuk menjadi pengawas sekolah bagi sesi 2020. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan baik dan melahirkan pemimpin yang berintegriti pada masa akan datang. Terima kasih juga kepada ibu bapa dan penjaga yang sudi meluangkan masa pada hari ini demi anak-anak mereka.