Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2020

Kejohanan Merentas Desa MSSD 2020

Assalamualaikum da salam sejahtera.. Hari ini 20 Januari telah berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa MSSD yang bertempat di SMK Ungku Husin, Endau. SK Pulau Tinggi turut tidak terkecuali dalam menghantar peserta ke kejohanan tersebut. Seramai 2 orang murid yang telah terpilih mewakili sekolah, iaitu Aidil Feteri bin Wahid dan Mohamad Hazri Helmi bin Abdullah. Kedua-dua peserta terdiri daripada murid tahun 6. Guru-guru pengiring adalah Encik Abdul Raqib bin Md Hanipah dan Encik Muhammad Khairulzakirin bin Mohd Yusof. Tahniah diucapkan diatas penyertaan ke kejohanan tersebut.

Kejohanan Merentas Desa SK Pulau Tinggi 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini 15 Januari 2020 telah berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa peringkat SK Pulau Tinggi. Seramai 12 orang peserta telah terlibat dalam acara pada hari ini. Acara bermula dengan senam robik yang telah diketuai oleh En. Muhammad Khairulzakirin dan En. Muhamad Aizat. Kemudian murid-murid telah mendengar taklimat yang disampaikan oleh GPK Kokurikulum SK Pulau Tinggi. Seterusnya pelepasan larian merentas desa. Murid-murid telah dilepaskan pada jam 8.16 pagi.