Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Kembara Jelajah Pulau Mersing

Wajah ceria murid-murid SK Pulau Tinggi

Selamat Datang Cikgu Zakirin

Pada 15 Ogos 2016 yang lepas, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menerima seorang guru baharu. Pihak sekolah berbesar hati menerima kehadiran beliau. Guru baharu yang mendaftar di Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi ini bernama Encik Muhammad Khairulzakirin Bin Mohd Yusof. Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Matematik / Bahasa Inggeris / Pendidikan Jasmani dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Sarawak dan baru sahaja menamatkan pengajiannya pada November 2015. Beliau berasal dari Endau, Johor. Encik Zakirin, berkemeja biru gelap sedang beramah mesra dengan Encik Md Jais Bin Samat (Pegawai Pendidikan Daerah Mersing) semasa Sesi Pendaftaran dan Taklimat Penempatan di Pejabat Pendidikan Daerah Mersing. Encik Zakirin semasa lawatan ke Pulau Sibu sempena Program Kembara Jelajah Pulau Pihak sekolah mengharapkan agar dengan kehadiran Encik Zakirin di SK Pulau Tinggi dapat membantu meningkatkan pencapaian prestasi

Mesyuarat Agong PIBG SK Pulau Tinggi 2016

    SK Pulau Tinggi telah mengadakan Mesyuarat Agong PIBG 2016 pada 6 April 2016.     Salah seorang bapa pelajar menulis nama dalam borang kehadiran. Doa dibacakan oleh Imam Zammari Ali. Ucapan YDP PIBG Encik Rahaman Bin Ali. Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Pulau Tinggi, Encik Mohd Khairul Nizam Bin A. Ghafor. Jamuan ringan setelah mesyuarat tamat.  

Lawatan Muhibah Timbalan Menteri Pendidikan 1

  Pada 26 Februari 2016 yang lalu Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah menerima lawatan daripada Y.B Dato’ P. Kamalanathan a/l P. Pancanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1. Jadi seminggu sebelum menerima kunjungan beliau, kami bercadang untuk membuat satu daya tarikan di sekolah kami. Setelah bermesyuarat, kami sepakat ingin mewujudkan satu bilik khas iaitu Kelas Pembelajaran Abad ke-21. Seperti biasa, kami bergotong-royong dalam mencari bahan untuk dimuatkan dalam kelas itu. Daripada kosong, kami hiasi kelas itu dengan pelbagai maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran di sekolah untuk bacaan murid-murid yang masuk ke kelas itu. Seminggu berkampung di sekolah, dari pagi sehingga malam. Asal ada masa lapang, mesti ada yang hadir membantu menghias kelas ini.   Tu dia, gambar tukang ambil gambar keluar dulu. Lihatlah, kelas daripada kosong tiada apa-apa langsung. Kerjasama semua guru, sambil terbaring pun ada.         Tuan PPD Mersing, melawat Kelas Pembela