Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2021

Jom Baca Bersama 10 Minit

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada hari Khamis 22 April yang lalu. Satu program "Jom Baca Bersama 10 minit" telah dijalankan di SK Pulau Tinggi. Aktiviti ini bermula pada jam 11.00 pagi secara serentak di seluruh negara. Kemudian diselitkan dengan acara kuiz bagi menguji tahap kefahaman murid terhadap bahan bacaan yang telah mereka baca. Tahniah diucapkan kepada murid-murid SKPT yang telah berjaya menjawab soalan kuiz dengan betul. Yang tidak berjaya jangan berputus asa dan cuba lagi pada lain masa... InsyaAllah..

Gotong Royong Perdana 2021

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada 7 April yang lalu, guru-guru SK  Pulau Tinggi yang diketuai oleh Tuan Guru Besar sendiri telah melaksanakan gotong-royong membersihkan sekitar kawasan sekolah. Program bermula pada jam 5.30 petang. Dan berakhir pada jam 6.40 petang. Semua guru memberikan kerjasama yang baik bagi menjaya projek gotong-royong ini. Tahniah kepada semua guru-guru yang telah hadir kerana kehadiran tuan puan telah menyumbang kepada kebersihan dan kecerian di sekitar kawasan sekolah. Tahniah sekali lagi. 

KEMPEN GALAKAN MEMBACA 2021

  Assalamualaikum dan salam sejahtera,. Pada 06 hingga  08 April yang lalu, telah berlangsungnya Kempen Galakan Membaca anjuran Pusat Sumber, Panitia Bahasa Melayu, dan Panitia Bahasa Inggeris. Program ini menyediakan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang boleh disertai oleh murid-murid SK Pulau Tinggi. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua murid yang telah menunjukkan kesungguhan dengan melibatkan diri dalam acara yang dipertandingkan secara optimum. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang menyokong dan turut menyertai acara yang dipertandingkan. Aktiviti Membaca 10 Minit                 Aktiviti Pengisian Sistem IQ NILAM Murid Pertandingan Mewarna Murid dan Guru           Pertandingan Meneka Berat Buku Terbuka Guru dan Murid           Pertandingan Crossword Puzzle         Pertandingan Spelling Bee        Pertandingan Bicara Buku   Penyampaian Hadiah   (kepada murid guru & ibu bapa)    Tahniah diucapkan kepada para pemenang.. insyaAllah kalau ada sumur diladang bo

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan

  Alhamdulillah... bersyukur kita kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat lagi kita bertemu dengan bulan yang penuh berkat dan kemuliaan ini iaitu bulan ramadan. Semoga kesempatan yang diberikan pada kali ini dapatlah kita memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya agar kita dapat memperbaiki amalan-amalan kita yang terdahulu. Oleh itu, dengan kesempatan ini, kami warga SK Pulau Tinggi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.   Editor Ustaz Ahmad Shahir