Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2019

Sambutan Hari Kanak-kanak & Sambutan Hari Lahir Bagi Bulan Julai - Disember 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ini telah berlangsungnya sambutan hari kanak-kanak di SK Pulau Tinggi. Terdapat pelbagai acara sukaneka telah dilaksanakan. Murid-murid begitu teruja dan seronok melakukan aktiviti sukaneka yang telah disediakan oleh guru. Setelah berakhir aktiviti sukanekan, acara disambung dengan majlis sambutan hari lahir bagi guru-guru dan murid-murid yang lahir pada bulan Julai hingga bulan Disember. SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK  SAMBUTAN HARI LAHIR

Majlis Jamuan Akhir Tahun SK Pulau Tinggi 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Alhamdulillah selesai sudah jamuan akhir tahun bagi tahun 2019. Jamuan ini diadakan bagi meraikan warga SK Pulau Tinggi iaitu guru-guru, pekerja Swasta dan para ibu bapa. Turut hadir bagi memeriahkan lagi jamuan pada kali ini adalah YDP PIBG, En. Rahaman bin Ali dan Ketua Kampung Pulau Tinggi, Pn. Rossana binti Hussin. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah hadir bersama-sama membantu guru-guru membuat persedian majlis ini dari segi juadah dan persediaan tempat. Dan tidak lupa ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang telah sudi menyumbang makanan pada majlis jamuan pada kali ini. Jasa baik tuan dan puan akan kami hargai sampai bila-bila.. Terima kasih..,,

The Making Of "Pentas"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sebelum berlangsungnya Hari Anugerah Cemerlang. Guru-guru telah bersama-sama bergotong-royong bagi membina sebuah pentas di dewan terbuka SK Pulau Tinggi. Dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru-guru, pembinaan pentas ini hanya memakan masa 3 hari. Dan hasil pentas tersebut dapat diguna pakai oleh semua warga SK Pulau Tinggi dan Komuniti Pulau Tinggi.