Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2020

Hari Pertama Pembukaan Sekolah Pasca Covid-19

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Alhamdulillah syukur pada Illahi... akhirnya sekolah dibuka semula kepada murid-murid tahun 5 dan 6. Hari pertama sekolah semua murid berjaya hadir dengan semangatnya. Dengan mematuhi SOP dan norma baharu ini membuatkan murid-murid sedikit janggal. Namun begitu ia akan menjadi kebiasaan dalam tempoh masa yang tertentu. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang berjaya hadir ke sekolah pada hari ini. Semoga anda semua menjadi insan yang cemerlang dan terbilang pada masa akan datang.

Taklimat Pembukaan Semula Sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada 14 julai, pihak sekolah telah meminta ibu bapa dan penjaga untuk hadir ke sekolah pada jam 2.30 petang. Ini bertujuan untuk memberi penerangan awal kepada ibu bapa tentang SOP yang perlu dilakukan oleh anak-anak mereka yang bakal bersekolah pada 15 Julai ini. Semoga dengan usaha sebegini dapat membantu murid-murid dan warga sekolah terhindar daripada penyebaran wabak penyakit Covid-19.