Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2023

Pemeriksaan Gigi & Kesihatan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... 25 Mei 2023, telah berlangsungnya Program Pemeriksaan Gigi dan Kesihatan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) , daerah Mersing. Program ini bertujuan untuk memastikan kesihatan anak-anak khususnya murid-murid di SK Pulau Tinggi terjamin dari segi kesihatan dan juga gigi. Murid-murid juga turut diajar  cara-cara menggosok gigi dengan lakuan yang betul supaya murid-murid dapat memastikan kebersihan dan kesihatan gigi dijaga dengan baik.

Anugerah Khas Pendidikan Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2023

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.... 18 Mei 2023. Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor. Alhamdulillah, buat julung-julung kali ini, wakil guru SK Pulau Tinggi, Encik Muhamad Aizat bin Lukman, GPK Hem SK Pulau Tinggi telah mewakili Mersing ke majlis tersebut bagi menerima "Anugerah Khas Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah (Unit Menengah dan Rendah)" bagi kategori " Guru Gigih Pedalaman". Anugerah pada hari ini telah disampaikan oleh Tuan Md Said bin Md Daimon, Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Encik Muhamad Aizat bin Lukman atau lebih dikenali sebagai "Papa" di SK Pulau Tinggi ini, seorangnya sangat gigih, rajin dan berdedikasi. Beliau juga amat disenangi oleh murid-murid serta penduduk Pulau Tinggi. Oleh yang demikian, memang selayaknya beliau menerima anugerah "Guru Gigih Pedalaman". Selama 10 tahun beliau di bumi Pulau Tinggi ini, pelbagai cabaran dan dugaan yang telah beliau harungi. Meredah o

Jom BACA 10 Minit

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... 18 Mei 2023 , sedang berlangsungnya program " Jom Baca 10 Minit". Program ini bermula pada jam 11.00 pagi, dan tamat pada jam 11.10 pagi bagi seluruh Negeri Johor. Seramai 25 orang peserta daripada SK Pulau Tinggi telah menyertai program "Jom Baca 10 Minit" ini. Semoga dengan adanya program seperti ini dapatlah menarik dan memupuk minat warga SK Pulau Tinggi, khususnya murid-murid untuk terus membaca sepanjang masa walau dimana sahaja mereka berada.