Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2018

Taklimat awal persekolahan, pendaftaran murid tahun 1 dan penyampaian sumbangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini 31 disember 2018 telah berlangsungnya taklimat awal persekolahan, pendaftaran murid tahun 1 dan penyampaian sumbangan barangan sekolah kepada murid-murid. Taklimat pada harini diketui oleh En. Ahmad Shahir selaku GPK 1. Alhamdulillah pada tahun ini SKPT telah menerima seramai 4 orang murid tahun 1. Antara intipati penyampaian taklimat pada pagi tadi adalah berkenaan tentang : 1.Pentaksiran Bilik Darjah (PBD),  2.taklimat Hal Ehwal Murid,  3.taklimat aktiviti Kokurikulum, PAJSK dan Segak. 4.unit disiplin. Etika pemakaian murid sekolah. 5. Taklimat skim pinjaman buku teks. 6. Dan taklimat unit peperiksaan. Kemudian, selepas taklimat, penyampaian sumbangan barangan sekolah seperti beg telah disempurnakan oleh En. Ahmad Shahir GPK 1 yang mewakili Tuan Guru Besar SKPT. Jutaan terima kasih kepada pihak Bank Rakyat kerana telah memberi sumbangan kepada pihak sekolah untuk murid-murid SKPT. Dengan pem

Mesyuarat Persediaan Awal Persekolahan bagi tahun 2019 & Perjalanan masuk ke Pulau Tinggi

Alhamdulillah, tahun 2018 semakin melabuhkan tirainya. Semoga semua cita-cita dan azam pada tahun 2018 tercapai hendaknya. Bagi melakukan persediaan untuk menghadapi hari pertama persekolahan, semua guru-guru telah hadir ke mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar sendiri iaitu En. Othman bin Taib. Mesyuarat awal persekolahan telah diadakan pada 26 disember 2018, bertempat di bilik wawasan PPD lama. Segala perancangan yang telah diatur adalah bertujuan untuk memastikan kelancaran perjalanan sesi awal persekolah tanpa sebarang masalah hendaknya. Pada 27 disember, semua guru-guru telah selamat tiba di Pulau Tinggi. Kami bertolak dari Jeti Tanjung Leman pada pukul 11.00 pagi dan tiba di Jeti Pulau Tinggi pada pukul 12.45 tengahari. Kami menaiki bot yang dipandu oleh YDP PIBG SK Pulau Tinggi iaitu En Rahaman bin Ali. Alhamdulillah cuaca yang elok dan lautan yang tenang sedikit sebanyak menghilangkan kerisauan didalam hati guru-guru semasa berada di dalam