Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2023

Kem Bestari Solat 2.0

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hari ini telah berlangsungnya Kem Bestari Solat yang telah melibatkan seramai 17 orang murid iaitu terdiri daripada murid-murid tahun 1 hingga tahun 6. Kem ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi pengetahuan murid tentang menunaikan solat terutamanya dengan cara yang betul. Pihak sekolah mengucapakan tahniah kepada murid-murid yang terlibat kerana dapat hadir dan secara tidak langsung dapat menjayakan program Kem Bestari Solat pada hari ini.

Perkhemahan Pengakap SK Pulau Tinggi sesi 2022/23

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada 11 hingga 13 Januari 2023, telah berlangsungnya Perkhemahan bagi unit beruniform Pengakap. Perkhemahan pada kali ini telah diadakan didalam kawasan sekolah dan telah berlangsung selama 3 hari 2 malam. Seramai 11 orang murid yang telah mendaftar sebagai peserta perkhemahan iaitu terdiri daripada murid tahun 3, tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Encik Ahmad Shahir bin Shafie, GPK 1 telah merasmikan Perkhemahan Pengakap pada kali ini. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan berlangsung. Antaranya ialah: Pendaftaran Peserta Perkhemahan  Perasmian dan Taklimat Perkhemahan Mendirikan Khemah Membina gajet Tapak Perkhemahan bertemakan orang asli Persediaan untuk makan malam Makan malam Aktiviti kraftangan Kuliah Maghrib Senaman Pagi Aktiviti Bantu Mula / Tali Temali Pertandingan masakan Menurunkan khemah Majlis penutup dan penyampaian hadiah