Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

Hari Pelaporan dan Majlis Berbuka Puasa SK Pulau Tinggi

Pada 19 Mei hari ahad yang lalu, SK Pulau Tinggi telah berlangsungnya "Hari Pelaporan dan Majlis Berbuka Puasa" yang telah diadakan di kantin SK Pulau Tinggi. Majlis telah bermula pada jam 6.30 petang. Para ibu bapa telah hadir bagi bersama-sama mendapatkan rekod prestasi bagi ujian pertengahan tahun dan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).  Tahniah diucapkan kepada murid yang telah mendapat keputusan yang cemerlang bagi pelaporan pada kali ini.

Majlis Khatam Al Quran dan Majlis Berbuka Puasa Peringkat Pulau Tinggi

Pada 18 Mei yang lepas, Komuniti Pulau Tinggi telah mengadakan majlis khatam al quran dan majlis berbuka puasa. Majlis ini telah berlangsung di Masjid Pulau Tinggi, bermula pada jam 5.30 petang hingga ke solat tarawikh. Kemudian penyampaian sumbangan kepada penduduk Pulau Tinggi yang telah disampaikan oleh pihak Pejabat Daerah Mersing, Majlis Agama Islam Mersing dan Pejabat Kadi Daerah Mersing. Turut hadir ke majlis adalah wakil daripada Pejabat Pelajaran Daerah Mersing.

Kelas bimbingan murid pra sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 3 dan 4 mei yang lalu telah berlangsungnya kelas bimbingan untuk murid-murid berumur 5 hingga 6 tahun. Untuk makluman semua, program ini telah dijalankan pada awal tahun dan masih diteruskan lagi sehingga ke hari ini iaitu pada setiap hari jumaat dan sabtu bermula pada jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi. Semoga usaha yang dilakukan dapat membuahkan hasil yang baik pada masa yang akan datang demi anak-anak khususnya di Pulau Tinggi.

Projek Mega sebelum Ramadan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada 4 Mei yang lalu, Encik Ahmad Shahir selaku GPK Pentadbiran SK Pulau Tinggi telah merancangkan satu projek mega sebelum tibanya bulan ramadan. Projek mega tersebut ialah aktiviti gotong-royong disekitar kawasan sekolah dan rumah guru. Aktiviti ini telah disambut baik oleh semua guru-guru walaupun ia dijalankan pada hari sabtu. Sarapan telah ditaja oleh GPK Pentadbiran sendiri. Program ini telah berjalan bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 11.00 pagi.