Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2022

Sesi Libat Urus Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hari ini 18 Ogos 2022, telah berlangsungnya majlis "Sesi Libat Urus Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)" bagi penggal pertengahan tahun. En. Ahmad Shahir bin Shafie selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran telah menyempurnakan majlis pada pagi ini. Sesi ini dijalanakan bertujuan untuk menerangkan kepada ibu bapa tentang cara pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan seterusnya menyerahkan keputusan PBD bagi penggal pertengahan tahun. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ibu bapa yang sudi hadir pada majlis hari ini demi mengambil tahu tentang perkembangan anak-anak dalam dunia pendidikan walaupun cuaca hujan. Semoga murid-murid di SK Pulau Tinggi ini akan lebih bersemangat dan terus berkembang dengan adanya penglibatan ibu bapa. sekian terima kasih.