Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2018

Hari Anugerah Kecemerlangan & Penghargaan Perkhidmatan SKPT 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera... pada 14 November yang lepas, SK Pulau Tinggi telah berjaya menjalankan majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan Perkhidmatan ( HAK&PP ). Majlis ini telah bermula pada jam 8.40 pagi. Syukur kehadrat Illahi kerana limpah dan kurniaNya dapat kami menjalankan majlis dengan cuaca yang tenang dan harmoni. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar SKPT iaitu En. Othman bin Taib. Kemudian diteruskan lagi dengan ucapan daripada YDP PIBG iaitu En. Rahaman bin Ali. Majlis HAK&PP ini telah dirasmikan oleh En. Nur Fahmi bin Zulkifli selaku Penghulu Mukim Pulau-pulau Daerah Mersing. Sekalung penghargaan kepada semua warga komuniti Pulau Tinggi yang telah sudi memberi sumbangan makanan kepada pihak sekolah. Jasa baik tuan/puan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Akhir sekali, pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam be

Coming Soon

Assalamualaikum dan salam sejahtera... InsyaAllah pada 14 November 2018 hari rabu. SK Pulau Tinggi akan mengadakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan Perkhidmatan bertempat di dewan SK Pulau Tinggi. Dengan rasa rendah hati, kami ingin menjemput kepada semua warga Pulau Tinggi untuk sama-sama hadir bagi meraikan kecemerlangan anak-anak Pulau Tinggi khususnya murid-murid SK Pulau Tinggi. Jumpa nanti hari rabu ini ya.. Terima kasih :D

Perkhemahan Perdana Tunas Kadet Remaja Sekolah 2018

Alhamdulillah, selesai sudah majlis penutupan  Perkhemahan Perdana Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) bagi tahun 2018. Perkhemahan telah bermula pada 7 November dan berakhir pada 9 November 2018 iaitu selama 3 hari 2 malam. Perkhemahan ini telah disertai oleh seramai 7 orang murid iaitu: 1. Nur Mieya Soffia bt Abdullah (Tahun 1) 2. Amylia Amelda bt Mohd Azli ( Tahun 2) 3. Muhammad Ariff Ikhwan b Alesam (Tahun 2) 4. Nurul Alya Farezha bt Mohamad Nashrul Fazli ( Tahun 2) 5. Aidil Feteri b Wahid ( Tahun 4) 6. Nur Khadijah bt Mohd Nasir ( Tahun 4) 7. Nor Hayati Suhana bt Saballudin ( Tahun 5) Tahniah kepada semua peserta perkhemahan kerana berjaya bertahan sehingga ke akhir program. Segala ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru sepanjang 3 hari 2 malam ini dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan didalam kehidupan seharian. Antara tujuan perkhemahan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan disiplin murid supaya menjadi seorang yang mematuhi peraturan dalam apa jua keadaan