Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2021

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada 3 Mei yang lalu. Unit Hal Ehwal Murid telah mengadakan Majlis Pelancaran Mentor Mentee bagi sesi 2021. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Encik Muhamad Aizat  bin Lukman, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Pulau Tinggi. Sesi pemilihan dilakukan secara cabutan kotak misteri. Program mentor mentee ini bertujuan bagi mewujudkan persekitraan kekeluargaan yang lebih berfokus. Hal ini kerana setiap guru akan mendapat mentee satu hingga tiga orang murid setiap seorang. Oleh itu, guru-guru dapat memberi perhatian yang sepenuhnya buat menteenya sekirannya bantuan dan perhatian diperlukan.  Ada budak tengah solat

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH & PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 3 Mei yang lalu, unit pengawas, kaunseling  dan pusat sumber telah mengadakan satu majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi sesi 2021. Watikah pelantikan ini sepatutnya diadakan pada awal tahun terpaksa ditunda pada 3 Mei. Hal ini kerana, wabak yang masih melanda dalam negara kita masih dalam keadaan yang tidak selamat..  Alhamdulillah majlis dapat berjalan dengan lancarnya. Semoga amanah dan kepercayaan yang diberikan kepada pengawas  oleh pihak sekolah, digunakan dengan sebaik mungkin supaya menjadi contoh dan teladan yang baik kepada murid-murid yang lain.  

Program Ihya Ramadan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada sepanjang bulan ramadan ini. Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Program Ihya Ramadan. Antara aktiviti yang terdapat dalam program tersebut adalah; 1. Tadarus Al-Quran 2. Tazkirah Ramadan 3. Pertandingan mewarna 4. Pertandingan Azan 5. Pertandingan Hafazan 6. Quiz ramadan Alhamdulillah program Ihya Ramadan telah melabuhkan tirainya pada 2 Mei yang lalu. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya dalam acara yang dipertandingkan.