Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2020

Koleksi MURAL 2020

 Asalamualaikum dan salam sejahtera.. Harini kami ingin berkongsi karya kreativiti guru-guru SKPT sepanjang tahun 2020 ini, iaitu mural. Penghasilan mural ini ada yang memakan masa berminggu-minggu dan berbulan-bulan. Hal ini kerana masa penghasilan mural ini dilakukan oleh guru pada waktu lapang. Oleh yang demikian, waktu lapang guru-guru SKPT tidaklah terbuang begitu sahaja, malahan dapat memeriahkan suasana sekolah dengan penghasilan mural yang menarik. Penghasilan mural oleh Encik Aizat, Encik Zakirin dan Encik Abdul Raqib                     Penghasilan mural oleh Puan Yuziami       Penghasilan mural oleh Encik Muhammad Hamzi     Tahniah diucapkan kepada semua guru-guru SKPT dan tidak lupa juga kepada Puan Hidayah, kerani Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi kerana komited dalam membantu guru menyediakan segala bahan dan alatan yang diperlukan dalam proses penghasilan mural ini. Segala jasa baik dan sumbangan tuan dan puan hanya tuhan sahaja mampu membalasnya. Semoga kecerian sekolah p

Belajar Dari Rumah (BDR)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang semua sedia maklum, sekolah mula ditutup pada 9 November sehingga 17 Disember 2020. Pengajaran dan pembelajaran masih berjalan seperti biasa. Tetapi PdP hanya berjalan dirumah sendiri sahaja, iaitu Belajar Dari Rumah (BDR). Oleh yang demikian, diatas faktor kemudahan dan capaian internet di kawasan pedalaman ini tidak begitu meluas. Guru-guru SKPT telah memilih untuk menyediakan Modul Kerja Sekolah sepanjang proses PDP ini tamat pada 17 Disember nanti. Pada hari ini, guru-guru bersama-sama Guru Besar, Encik Othman bin Taib telah berkunjung ke rumah murid-murid bagi menyampaikan Modul Kerja Sekolah (MKS) dan sedikit penerangan tentang pelaksanaan modul tersebut. Semoga dengan usaha ini, murid-murid SK Pulau Tinggi tidak tercicir dalam dunia pendidikan pada hari ini.     Penyerahan Modul kepada Syafawati, Murid tahun 2   Penyerahan Modul kepada Putri Ummairah, Murid tahun 2 Penyerahan Modul kepada Aidil, Murid tahun 6     Penyerahan Modu

Baik Pulih Pintu Bangunan Sekolah & Rumah Guru

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah syukur. Pada tahun ini sekolah telah mendapat peruntukkan untuk membaik pulih kerosakan pada struktur bangunan lama sekolah iaitu pintu. Pintu pada bangunan lama telah rosak dan ditukar dengan pintu yang baharu dan lebih kukuh. Selain itu, rumah guru juga telah ditambah baik dengan adanya 'awning' dan membaik pulih pintu-pintu yang lama. Pihak sekolah amat terharu dengan usaha yang ditunjukkan oleh YDP PIBG SK Pulau Tinggi, Encik Rahaman bin Ali, dan Ketua Kampung, Puan Rossana binti Hussien, yang bersungguh-sungguh dalam memastikan setiap guru yang mengajar dipulau ini berada dalam keadaan yang selesa. Hal ini kerana, sekiranya tiada 'awning', hujan lebat ataupun ribut yang melanda di Pulau Tinggi, air dan debu pasir pasti akan memasuki ruang tamu rumah guru. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama kepada Pejabat Pelajaran Daerah Mersing kerana telah mengeluarkan peruntukan dan perhatian kepada sekolah