Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

Selamat Berpindah Cikgu Khairul

Setelah perpindahan dua orang guru SK Pulau Tinggi pada bulan Jun yang lepas, iaitu Encik Faizai dan Encik Raof, kini tibalah giliran Encik Khairul mengikuti jejak langkah mereka berdua. Setelah menabur bakti di SK Pulau Tinggi selama lebih kurang 9 tahun (Januari 2008 - Disember 2016), Encik Khairul akhirnya berpindah juga. Sesungguhnya, warga SK Pulau Tinggi kehilangan seorang lagi permata yang disanjungi, dan dikasihi. Bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada beliau. Semoga beliau mampu mengorak langkah kejayaan dalam bidang yang diceburi. Terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan di bumi Pulau Tinggi yang tercinta ini. Sehubungan itu, sempena Majlis Anugerah Cemerlang, Graduasi Tahun 6 dan Penghargaan Perkhidmatan, pihak sekolah menyediakan slot khas bagi meraikan perpindahan beliau. Persembahan khas daripada anak-anak didik SK Pulau Tinggi buat yang dirai. Tampak sugul persembahan mereka kerana sudah merasai kehilangan insan yang mereka kasihi ...

Majlis Anugerah Cemerlang, Graduasi Tahun 6 dan Penghargaan Perkhidmatan Sesi 2016

TARIKH : 22 NOVEMBER 2016 LOKASI : SK PULAU TINGGI MASA : 08.30 am - 11.00 am TENTATIF PROGRAM KETIBAAN & PENDAFTARAN TETAMU BACAAN DOA Bacaan doa oleh Ust Ahmad Shahir UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR Ucapan alu-aluan Guru Besar SK Pulau Tinggi, Encik N Aniham Bin Abdul Majid UCAPAN PERASMIAN OLEH YANG DIPERTUA PIBG Ucapan perasmian oleh Yang Dipertua PIBG SK Pulau Tinggi, Encik Rahaman Bin Ali ACARA SELINGAN : CABUTAN BERTUAH Acara cabutan bertuah yang disempurnakan oleh Naib Yang Dipertua PIBG SK Pulau Tinggi, Encik Mohd Meruzuki Bin Alias PERSEMBAHAN MURID Acara dihangatkan dengan persembahan yang bertenaga daripada anak-anak didik SK Pulau Tinggi PENYAMPAIAN ANUGERAH PENGHARGAAN PERKHIDMATAN Encik Rahaman menyampaikan Anugerah Penghargaan Perkhidmatan kepada (dari kiri) Encik N Aniham [Guru Besar], Encik Mohd Khairul Nizam [GPK Pentadbiran], Encik Aizat [GPK HEM] Encik Rahaman menyampaikan Anugerah Pengharg