Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

Selamat Berpindah Cikgu Raof

Seperti yang sudah sedia maklum, Cikgu Raof juga akan mengikuti jejak langkah Cikgu Faizai untuk meninggalkan SK Pulau Tinggi yang tercinta ini. "Kerana terpaksa, aku relakan". Walau berat untuk melepaskan Cikgu Raof, tetapi pihak sekolah juga tetap akur akan kata putus daripada beliau. Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih di atas jasa dan bakti yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Semoga Cikgu Raof akan terus memperoleh kejayaan di tempat yang baru. 23 Jun 2016 merupakan hari terakhirnya di bumi Pulau Tinggi ini. Insya Allah, jika ada umur yang panjang, kita bersua lagi. Sedikit info tentang Cikgu Raof. Beliau memulakan langkahnya sebagai seorang pendidik pada Julai 2013 di sekolah ini dan meneruskan langkahnya dalam bidang ini ke Sabah pada Jun 2016.  Gambar kenangan terakhir Cikgu Raof di SK Pulau Tinggi Sedih Cikgu Megat untuk melepaskan Cikgu Raof. Mana tidaknya, Cikgu Raof, Cikgu Megat dan Cikgu Aizat merupakan rak

Selamat Berpindah Cikgu Faizai

Akhir Mei yang lalu, pihak sekolah telah menerima perkhabaran bahawa permohonan perpindahan Cikgu Faizai dan Cikgu Raof telah diluluskan. Tahniah buat mereka berdua. Bagaimanapun, warga sekolah amat merasai perpindahan mereka berdua. Apatah lagi, bakti dan sumbangan mereka yang banyak kepada sekolah dalam kecemerlangan pelbagai bidang. 14 Jun 2016 merupakan hari terakhir Cikgu Faizai berkhidmat di SK Pulau Tinggi, sebelum memulakan langkah baru ke SK Jeram, Selangor. Walau berat untuk melepaskan beliau, warga sekolah tetap mendoakan kejayaannya di tempat yang baru. Selamat berpindah dan selamat maju jaya buat Cikgu Faizai. Sedikit info berkaitan Cikgu Jai. Beliau mula berkhidmat di SK Pulau Tinggi pada April 2014 dan berakhir pada Jun 2016. Seterusnya, beliau mula mengorak langkah ke penempatan yang baru di Selangor.  Warga sekolah bergotong-royong membantu membawa barangan milik Cikgu Faizai Bergambar kenangan dahulu sebelum berpindah Warga sekolah bersama-