Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2021

Walimatul Urus Cikgu Abdul Raqib bin Md Hanipah

 Assalamualikum dan salam sejahtera... Syukur alhamdulillah dan ucapan tahniah sekali lagi daripada warga SK Pulau Tinggi kepada Cikgu Abdul Raqib bin Md Hanipah kerana telah selamat diijab dan qabulkan dengan pasangan pilihan hati beliau iaitu Puan Nur Atiqah binti Md Yazid pada 25 Mac 2021 yang lalu. Pada hari ini 27 Mac 2021 telah berlangsungnya majlis perkahwinan buat dua mempelai yang telah diadakan di Dewan Ibu'ku Alimah, Taman Kluang Perdana, Kluang Johor. Selamat pengantin baru, semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.....

Majlis Perpisahan Kerani SK Pulau Tinggi

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Dukacita dimaklumkan Puan Nur Hidayah binti Roslan kerani SK Pulau Tinggi akan berpindah sekolah ke Sekolah Kebangsaan Sri Pantai, Mersing. Puan Hidayah yang telah berkhidmat sebagai kerani di SK Pulau Tinggi hampir 9 tahun telah banyak menabur bakti dan jasa bagi bersama-sama membantu SKPT untuk mencapai matlamat dalam membentuk sahsiah dan kemenjadian murid. Oleh yang demikian, sebagai tanda terima kasih kepada beliau, Tuan Guru Besar, Encik Othman bin Taib dan wakil PIBG iaitu Encik Rahaman bin Ali YDP PIBG telah mengadakan 1 jamuan perpisahan buat Puan Nur Hidayah di Pulau Tinggi. Kami warga Pulau Tinggi mendoakan agar Puan Hidayah akan terus cemerlang apabila berada ditempat baharu itu nanti. Terima kasih Puan Nur Hidayah binti Roslan. Jasamu tetap akan kami kenang..... ada bunting Yong Tau Foo

KEJOHANAN CATUR 2021 PIALA YB KHAIRUL SHAHRIL MOHAMED

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Alhamdulillah.. selesai sudah kejohanan E-Sukan iaitu Kejohanan Catur (Lichess) Piala YB Khairul Shahril Mohamed yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang. Tahniah kepada peserta tunggal SK Pulau Tinggi, adik Nurul Alya Farezha bt Mohamad Nashrul Fazly kerana telah berjaya menghabiskan 10 pusingan semasa kejohanan berlangsung. Alya telah berjaya mendapat 6 kemenangan, 3 kalah dan 1 seri. Untuk pengetahuan semua, kejohanan pada kali ini telah disertai seramai 785 orang peserta dan peserta tunggal SKPT telah berjaya mendapat kedudukan 130 daripada 785. Tahniah diucapkan. Semoga prestasi pada hari ini dapat dikekalkan untuk kejohanan pada masa akan datang.

Pembukaan Sekolah Secara Bersemuka Murid Tahun 3-6

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah pada hari ini 8 mac 2021, sesi pembukaan sekolah bagi semua murid tahun 1 hingga tahun 6 berjalan dengan lancar. Murid-murid telah bersedia hadir ke sekolah seawal jam 7.00 pagi. Seramai 12 orang murid telah hadir ke sekolah pada hari ini. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua murid-murid dan ibu bapa yang begitu bersemangat menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Kehadiran murid-murid pada hari ini juga telah disambut mesra oleh Tuan Guru Besar, Encik Othman bin Taib yang setia menanti dihadapan pintu pagar sekolah. Semoga kehadiran yang baik pada hari ini dapat dikekalkan sampai bila-bila, insyaAllah. Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas:           Waktu rehat : Waktu pulang: