Skip to main content

Posts

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Pulau Tinggi 2024

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Alhamdulillah, kini tibalah Majlis yang dinanti-nantikan iaitu Majlis Sambutan Hari Raya Aidifitri. Majlis ini sudah menjadi kewajipan setiap tahun bagi pihak sekolah untuk meraikan bulan Syawal yang mulia ini dengan berkongsi rezeki bersama masyarakat disini. Majlis pada hari ini bermula pada jam 8.45 malam. Encik Othman bin Taib mengalu-alukan kehadiran masyarakat Pulau Tinggi yang begitu ramai hadir pada malam ini.  Pihak sekolah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk Pulau Tinggi yang turut menyumbangkan juadah dan minuman bagi memeriahkan lagi suasana sambutan hari raya di SK Pulau Tinggi. Oleh yang demikian, dikesempatan ini, kami warga SK Pulau Tinggi ingin mengucapakan...... Selamat Hari Raya Aidilftiri, Maaf Zahir dan Batin
Recent posts

Aktiviti Rewang Majlis Sambutan Hari Raya Aidifitri 2024

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Sempena menyambut Hari Raya, SK Pulau Tinggi telah mengadakan satu majlis Marhaban Raya dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2024 pada hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai persediaan yang perlu dilakukan oleh guru-guru untuk memastikan perjalanan majlis akan berjalan dengan lancar. Guru-guru telah bersama-sama dengan masyarakat Pulau Tinggi dalam aktiviti rewang menyediakan bahan-bahan untuk memasak rendang , lemang dan sebagainya. Encik Othman bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi telah mengetuai dalam aktiviti menyediakan lemang. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada masyarakat Pulau Tinggi yang hadir pada hari ini membantu dan memberi sokongan kepada kami. Semoga tuan-puan semua diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

Salam Ramadan 2024

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Ahlanwasahlan Ya Ramadan...... Di kesempatan ini, Pihak SK Pulau Tinggi ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan 1445H. Semoga Ramadan pada kali ini dapat meningkatkan lagi keimanan dan segala amalan kita diterima oleh Allah S.W.T. Untuk makluman semua, bagi meraikan ketibaan bulan yang mulia bulan Ramadan. Pihak sekolah telah melaksanakan aktiviti 'ihya Ramdan'. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti, mewarna, kuiz ramadan, teka silang kata dan tadarus Al-quran.