Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2023

Kempen Cegah Rokok & Vape KPM

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... 13 Disember 2023 telah berlangsungnya Kempen Cegah Rokok dan Vape di Kantin Sekolah Pulau Tinggi. Majlis pada hari ini telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Shahir bin Shafie, GPK Pentadbiran SK Pulau Tinggi. Majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan penyampaian ceramah tentang bahaya rokok dan vape yang disampaikan oleh Encik Muhamad Aizat bin Lukman, GPK Hal Ehwal Murid SK Pulau Tinggi. Semoga dengan adanya usaha seperti ini, dapatlah kita memberi pendedahan kepada murid-murid di SK Pulau Tinggi supaya mereka tidak akan terjebak dan ketagih dengan penggunaan rokok dan vape pada masa akan datang. Gimik Perasmian Kempen Cegah Rokok Dan Vape

Sambutan Hari Kanak-Kanak SK Pulau Tinggi 2023

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Alhamdulillah hari ini telah berlangsungnya satu Sambutan Hari Kanak-Kanak bagi peringkat SK Pulau Tinggi. Sambutan pada hari ini bertujuaan untuk meraikan kanak-kanak yang berada di SK Pulau Tinggi. Pelbagai acara yang telah dijalankan. Antaranya adalah, sukaneka padang, sukaneka dalaman, dan pertandingan karaoke. Murid-murid begitu teruja dan seronok sepanjang acara berlangsung. Selain itu, murid-murid juga dapat memupuk semangat berdaya saing bagi mencapai kemenangan dalam acara pertandingan. Budaya berdaya saing yang sihat ini amat perlu digalakkan dalam kalangan murid supaya mereka akan terus maju kehadapan. Sukaneka padang Sukaneka dalaman  Pertandingan Karaoke Majlis Penutup