Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2023

Pelancaran Minggu Solidariti Palestin

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Alhamdulillah, hari ini juga turut berlangsungnya Pelancaran Minggu Solidariti Palestin. Tujuan program ini dijalankan adalah bagi memberi pendedahan tentang isu penindasan dan kekejaman yang berlaku di bumi Palestin. Setiap hari ada kematian yang terjadi disana akibat daripada pemerintahan haram Isreal yang begitu kejam terhadap saudara islam kita di bumi Palestin. Semoga suatu saat nanti akan ada sinar bahagia buat saudara kita disana. Oleh yang demikian, kita sebagai umat islam haruslah bersama-sama berganding bahu bagi membantu saudara islam kita di bumi Palestin. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan ingin membantu saudara kita disana, tuan-tuan boleh menyalur sumbangan wang ringgit ke dalam tabung solidariti Palestin. Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan lagi beban yang sedang mereka tanggung. Pertandingan Mewarna

Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pembentukan Karamah Insaniah

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hari ini sedang berlangsungnya Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pembentukan Karamah Insaniah. Majlis pada hari ini telah dihadiri oleh Koperal Mohd Khairul Hazizy bin Mat Zainon, Pegawai Keselamatan Pulau Tinggi, Encik Rahaman bin Ali, YDP PIBG SK Pulau Tinggi dan Encik Othman bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi. Antara tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kesalahan buli. Oleh yang demikian, seorang murid telah diberikan anugerah Duta Sahsiah pada hari ini, iaitu adik Nur Mieya Soffia binti Abdullah.