Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2018

LAWATAN PENANDA ARAS BILIK PSV DAN SESI PROFESIONAL JKD PSV BIL.2/2018

Pada 24 April 2018 yang lepas, JKD panitia PSV telah mengadakan lawatan penanda aras dan sesi profesional JKD bil.2/2018 yang telah berlangsung di SK Bandar Endau, Mersing. Tentatif program adalah seperti berikut: 1. Ucapan pengerusi JKD Daerah (Pn. Hj Rohani Bt. Abd Ghaper - GB SK Nitar 2) 2. Taklimat PdPc PSV (Pn. Ruhailah Bt Mohd Safian - KP SK Bandar Endau) 3. Sesi profesional JKD kali 2.18 (Fokus Karnival Seni) 4. Perlantikan Jawatan kuasa kerja Karnival Seni SK Pulau Tinggi telah menghantar wakil ke lawatan penanda aras tersebut iaitu Pn. Yuziami bt Mohd Yusof selaku KP PSV SKPT. Segala ilmu dan perkongsian idea melalui lawatan ini sedikit sebanyak dapat membantu SKPT khususnya bagi panitia PSV untuk mempelbagaikan program dan aktiviti bagi menarik minat murid dalam bidang seni dan seterusnya dapat mencungkil bakat seni dalam diri murid-murid khususnya murid-murid di SK Pulau Tinggi. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan kerana berjaya melaksanakan dan me

In House Training - Formative assessment BI CEFR

Hari ini guru-guru telah bersama-sama menuntut ilmu berkenaan CEFR (Common European Framework of Reference for Languages). I n house training formative assessment bahasa inggeris cefr telah berlangsung di bilik mesyuarat SK Pulau Tinggi.  Guru yang berkongsi ilmu tentang CEFR ini adalah En Abdul Raqib b Md Hanipah.

Diari Guru SKPT: Kenduri Tahlil Di Rumah En. Johan

Pada 18 April yang lepas, guru-guru SKPT telah dijemput untuk ke kenduri tahlil Johan sekeluarga. Bacaan tahlil telah diketuai oleh imam Pulau Tinggi iaitu En. Zammari bin Ali. Info Hukum Hakam mengerjakan kenduri tahlil Dalil-dalil Amalan Tahlil & Kenduri Arwah. بسم الله الرحمن الحيم. الحمدلله لا إله إلّا الله, Ùˆ الصلاة Ùˆ السلام على رسول الله, Ùˆ على آله Ùˆ صحبه Ùˆ من ولاه. Ùˆ بعد. DEFINISI. Tahlil : Berasal daripada kalimah Arab Ù‡َÙ„َّÙ„َ ÙŠُÙ‡َÙ„ِّÙ„ُ تَÙ‡ْÙ„ِÙŠْÙ„ًا bermaksud mengucap kalimah لاإله إلا الله . Menurut istilah, seperti yang disebut di dalam kitab Tahlilan Dalam Perspektif Al-Quran dan As-Sunnah oleh KH. Mahyudin Abdus-Shomad ialah bersama-sama mengucapkan kalimah toyyibah dan berdoa bagi orang yang sudah meninggal dunia. Menurut pemahaman masyarakat Melayu kita pula ialahhimpunan zikir yang terkandung di antaranya surah-surah pilihan,ayat-ayat pilihan, solawat ke atas Nabi, tahlil ( لا إله إلا الله ), dan lain-lain lagi

Aktiviti Tunas Kadet Remaja Sekolah

18 April 2018 - Aktiviti Tunas Kadet Remaja Sekolah Pada hari ini, murid-murid akan didedahkan tentang aktiviti bantu mula dimana murid-murid akan mendapat pengetahuan cara menangani kemalangan kecil seperti membalut luka dan sebagainya.

Majlis Penutupan Minggu Anti-Dadah

Pada 16 April yang lepas. Sekolah telah melaksanakan majlis penutupan minggu Anti Dadah. Majlis penutupan tersebut telah disempurnakan oleh En. Ahmad Shahir bin Shafie selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Tahniah kepada semua murid yang telah berjaya melibatkan diri dalam aktiviti yang telah disediakan oleh penyelaras minggu anti dadah iaitu En Muhammad Khairulzakirin.  Ucapan alu-aluan daripada penyelaras minggu anti dadah En. Muhammad Khairulzakirin b Mohd Yusof.  Penyampaian hadiah kepada para pemenang yang telah disampaikan oleh GPK Pentadbiran.