Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2022

Program Penanda Arasan MGB dan PPD Pontian Bersama SK Pulau Tinggi

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 29 September 2022, SK Pulau Tinggi telah menerima kunjungan daripada MGB dan PPD dari daerah Pontian Johor. Kehadiran mereka adalah bertujuan untuk melaksanakan 'Program Penanda Arasan MGB dan PPD Pontian Bersama SK Pulau Tinggi'. Seramai lebih kurang 50 orang ahli rombongan yang telah hadir pada hari ini. En. Othman bin Taib amat berbesar hati diatas kehadiran semua pihak ke SK Pulau Tinggi. Terutamanya Yang Berbahagia Hj. Abdul Rahman bin Salleh, Pegawai Pendidikan Daerah Pontian, Hj. Arbain bin Miswan, SIP+ PPD Pontian dan juga Hj. Mohd Azeman bin Sailin, SU MGB Pontian. Pelbagai perkongsian yang telah berlaku sepanjang lawatan di SK Pulau Tinggi ini. Semoga dengan kehadiran dan sumbangan pihak MGD dan PPD Pontian ini dapatlah memberi suntikan semangat kepada guru-guru dan murid-murid di SK Pulau Tinggi untuk lebih cemerlang pada masa akan datang.

Sambutan Bulan Kebangsaan SK Pulau Tinggi 1 Ogos - 16 September 2022

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh keramat yang tidak asing lagi buat kita semua, dimana kita meraikan dan menyambut hari kebangsaan, hari kemerdekaan dan  hari kita bebas daripada dijajah. Setiap tahun rakyat Malaysia pasti akan menyambut hari kebangsaan bermula pada bulan Ogos hingga bulan September. SK Pulau Tinggi juga turut serta dalam meraikan bulan kebangsaan ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti dan pertandingan khususnya untuk murid-murid SK Pulau Tinggi. Panita Sejarah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Seni Visual dan Reka Bentuk dan Teknologi telah bersama-sama dalam merancang dan melaksanakan program sepanjang bulan Kebangsaan ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah: Pelancaran Bulan Kebangsaan SK Pulau Tinggi 2022 1 Ogos 2022 - Pertandingan Mewarna Tahap 1 dan  Tahap 2 2 Ogos 2022 - Pertandingan Melukis Poster Tahap 2 3 Ogos 2022 - Pertandingan Busana Merdeka 7 Ogos 2022 - Kuiz Merdeka 8 Ogos 2022 - Pertandingan Congkak Tahap 1