Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2022

Kejohanan Olahraga Tahunan SK Pulau Tinggi 2022

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ini 31 Mei telah berlangsungnya Kejohanan Olahraga Tahunan SK Pulau Tinggi bagi tahun 2022. Syukur ke hadrat Illahi kerana limpah dan kurniaNya dapatlah kejohanan pada kali ini dilaksanakan dengan sempurna dari awal kejohanan sehingga ke penutup kejohanan. Pembukaan kejohanan pada kali ini telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Shahir bin Shafie, Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Pihak sekolah berasa sungguh terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh ibu bapa khususnya kepada murid-murid SK Pulau Tinggi yang telah hadir bagi memberi suntikan semangat kepada anak-anak mereka sepanjang kejohanan berlangsung. Hal ini secara tidak langsung dapat menghidupkan lagi suasana yang sungguh meriah dan menyeronokkan. Kejohanan pada kali ini telah memilih Muhammad Ariff Ikhwan bin Alesam sebagai Olahragawan dan Nur Qaleesya Syafiah binti Muhamad Akmal sebagai Olahragawati. Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tempat dan medal. Kepada yang tidak ber