Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2023

Anak Pulau ke Menara Gading

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hasmidah binti Sata. Nama yang tidak asing lagi di bumi Pulau Tinggi. Beliau merupakan murid cemerlang dan menjadi kesayangan guru-guru di SK Pulau Tinggi. Hasmidah atau nama panggilan beliau "Ara" pernah bersekolah di SK Pulau Tinggi pada tahun 2012 hingga tahun 2017. Beliau juga pernah menjadi ketua pengawas yang disengani oleh murid-murid yang lain. Antara aktiviti pada waktu lapang, beliau sering ke perpustakaan untuk membaca buku. Usaha beliau untuk menimba ilmu pengetahuan tanpa arahan guru dan sering bertanya soalan amat perlu dicontohi oleh murid-murid pada hari ini. Begitulah sedikit sebanyak latar belakang tokoh pelajar cemerlang SK Pulau Tinggi, Hasmidah binti Sata. Pada hari ini, beliau telah membuktikan bahawa anak nelayan dan anak pulau juga boleh berjaya dalam pelajaran. Beliau telah berjaya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma di Universiti Awam Malaysia iaitu Universiti Teknologi Mara, (UiTM)

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Peringkat Daerah

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... 20 Ogos 2023. SK Pulau Tinggi telah menyertai satu Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Peringkat Daerah, Anjuran Ratna Campsite, SK Felda Tenggaroh 3, Mersing. Pihak sekolah telah menghantar 2 orang murid yang terpilih bagi mengikuti perkhemahan ini yang berlangsung selama 3 hari 2 malam. Iaitu Nur Mieya Soffia binti Abdullah, Tahun 6 dan Putri Ummairah binti Mohamad Noor, Tahun 5. Tujuan pihak sekolah menyertai perkhemahan ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman baru yang menyeronokkan buat murid-murid SK Pulau Tinggi. Pengalaman yang telah mereka lalui selama 3 hari 2 malam ini juga dapat mereka kongsikan bersama rakan-rakan mereka di Pulau Tinggi. Pelbagai aktiviti yang sangat menarik telah mereka lalui, antaranya seperti aktiviti masakan rimba, bantu mula, ikatan dan simpulan, persembahan malam kebudayaaan dan macam-macam lagi. Selain itu, para peserta perkhemahan dapat meningkatkan lagi disiplin mereka dari segi menepati masa yang