Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2021

Minggu Kedua Pembukaan Sekolah

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Alhamdulillah syukur kepada Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat cikgu-cikgu dan murid-murid SK Pulau Tinggi bersemuka kembali setelah beberapa bulan tidak bertemu. Pada minggu ini giliran murid-murid tahap 2 pula yang kembali semula ke sekolah bagi menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya hadir ke sekolah pada hari ini.

Pembukaan Semula Sekolah November 2021

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Alhamdulillah setelah sekian lama sesi pembelajaran secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan. Hari ini sekolah telah beroperasi semula bagi murid-murid tahun 1 ,2 dan tahun 3. Guru-guru SK Pulau Tinggi terlalu rindu akan anak-anak murid yang sangat rajin dalam menyiapkan tugasan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR). Semoga sikap yang baik ini akan terus dikekalkan sampai bila-bila dan menjadi seorang murid yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.Pihak sekolah juga mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang berjaya hadir pada hari ini.  Akhir sekali, marilah bersama-sama kita doakan agar negara kita terus pulih sepenuhnya daripada virus Covid-19.