Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2021

Pengauditan Terhadap Kesediaan Prasarana ICT Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Rendah Pedalaman Di Johor

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada 18 Oktober 2021 semalam. SK Pulau Tinggi telah menerima kunjungan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Pejabat Pendidikan Daerah Mersing (PPD). Rombongan ini telah diketuai oleh Puan Hindun binti Hussain, Ketua Pegawai Teknologi Maklumat KPM. Antara tujuannya adalah untuk mengaudit kesediaan prasarana ICT untuk pengajaran dan pembelajaran di SK Pulau Tinggi. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian pihak tuan dan puan kerana sudi hadir ke sekolah kami dan segala teguran dan nasihat yang telah diberikan akan kami sematkan dan perbaiki pada masa akan datang.