Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2020

Majlis Penyerahan Sumbangan Komputer & Kelengkapan ICT

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ini 15 September 2020. SK Pulau Tinggi telah menerima kunjungan daripada wakil Pensyarah Kanan UiTM. Pada kali ini Dr. Azianti binti Ismail, Pensyarah Kanan UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang telah membawa dan menyumbang 10 buah komputer (all in one PC)dan kelengkapan ICT kepada pihak SK Pulau Tinggi. Tuan Guru Besar , Encik Othman bin Taib amat berbesar hati diatas sumbangan yang diberikan. Tidak lupa juga kepada Tuan Pengerusi PIBG, Encik Rahaman bin Ali (Tok Mok) kerana telah menyumbang bot untuk membawa barang sumbangan dari Tanjung Leman ke Pulau Tinggi. Pihak sekolah amat berterima kasih dan terharu terhadap usaha Dr. Azianti dan pasangannya dalam mendapatkan kemudahan komputer untuk anak-anak murid di SK Pulau Tinggi. Beliau sanggup ke Seri Kembangan, Selangor untuk membawa 10 buah komputer daripada Syarikat E-Content (M) Sdn. Bhd. sehinggalah tibanya di Pulau Tinggi pada hari ini. Jasa baik Dr. Azianti dan suaminya hanya Tuhan y

Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan 63 Tahun

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Alhamdulillah selesai sudah program sambutan bulan kemerdekaan pada kali ini. Walaupun disambut secara sederhana, tetapi masih tetap meriah. Pertama sekali pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah membantu pihak sekolah dalam menjayakan sambutan kemerdekaan pada tahun ini secara langsung mahupun secara tidak langsung. Sumbang daripada pihak ibu bapa dari segi sumbangan tenaga, makanan dan emosi kepada anak-anak amatlah kami hargai. Sambutan pada kali ini bermula pada 25 Ogos yang lalu dan berakhir pada 15 September. Antara pertandingan dan aktiviti yang telah dijalankan adalah: Pertandingan Mewarna Tahap 1 (6 September) Pertandingan Melukis Poster (6 September) E-Kuiz (8 September) Pertandingan Boling (8 September) Pertandingan E-Puzzle (13 September) Pertandingan Mendeklamasikan Sajak (13 September) Pertandingan Lagu Patriotik (14 September) Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah (15 September) Bagi sesi penyampaian ha