Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2024

Lawatan Sambil Belajar SK Pulau Tinggi ke Putrajaya & Kuala Lumpur

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada 25 hingga 27 Januari 2024 yang lalu. SK Pulau Tinggi telah menganjurkan Lawatan Sambil Belajar di Putrajaya dan Kuala Lumpur. Pelbagai cabaran dan halangan yang terpaksa guru-guru hadapi sebelum terlaksananya lawatan pada kali ini. Antaranya adalah kutipan dana lawatan yang tidak mencukupi. SK Pulau Tinggi tidak berjaya mendapatkan mana-mana tajaan daripada pihak luar. Namun begitu tidak sedikit pun mematahkan semangat guru-guru untuk terus menjayakan program lawatan pada kali ini. Hal ini kerana, tujuan lawatan ini diadakan untuk memberi pengalaman baru kepada murid-murid SK Pulau Tinggi dengan persekitaran baru yang lebih moden berbanding di Pulau Tinggi ini. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang sudi mengeluarkan duit poket sendiri bagi menambahkan hasil kutipan dana ini dan secara langsungnya dapat menjayakan program lawatan ini. Antara kawasan yang dikunjungi semasa lawatan selama 3 hari 2 malam ini adalah : (Hari