Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2020

Kejohanan Olahraga Tahunan SK Pulau Tinggi 2020

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, pada 14 Oktober 2020, Unit Kokurikulum telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan bagi tahun 2020. Uniknya pada kejohanan kali ini adalah dilaksanakan secara tertutup. Hal ini kerana semua telah sedia maklum bahawa negara kita masih belum bebas daripada ancaman penyakit Covid-19. Oleh itu, setiap guru akan memastikan aktiviti dan kejohanan pada kali ini berjalan dengan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan. Sebelum tiba hari kemuncak Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT). Murid-murid telah melalui latihan rumah sukan dan sukantara terlebih dahulu. Murid-murid telah menunjukkan semangat kesukanan dan kesungguhan sepanjang berlangsungnya kejohanan. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya membawa pulang medal dalam kejohanan pada kali ini. Dan kepada yang tidak berjaya, cuba berusaha dengan lebih lagi pada masa akan datang. Anugerah Olahragawan dan Olahragawati pada kali ini telah jatuh kepada Muhammad