Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2024

Salam Ramadan 2024

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Ahlanwasahlan Ya Ramadan...... Di kesempatan ini, Pihak SK Pulau Tinggi ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan 1445H. Semoga Ramadan pada kali ini dapat meningkatkan lagi keimanan dan segala amalan kita diterima oleh Allah S.W.T. Untuk makluman semua, bagi meraikan ketibaan bulan yang mulia bulan Ramadan. Pihak sekolah telah melaksanakan aktiviti 'ihya Ramdan'. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti, mewarna, kuiz ramadan, teka silang kata dan tadarus Al-quran.

Hari Pertama persekolahan Sesi 2024/2025

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana limpah dan kurniaNya warga SK Pulau Tinggi dapat bertemu kembali bagi bersama-sama menempuhi sesi persekolahan yang baru bagi sesi 2024/2025. Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi pada kali ini. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang berjaya hadir ke sekolah pada hari ini. Encik Othman bin Taib, Guru Besar SK Pulau Tinggi turut mengalu-alukan kehadiran murid-murid baharu mendaftar ke SK Pulau Tinggi iaitu murid-murid Tahun 1 Arif. Seramai 24 orang jumlah keseluruhan murid yang akan bersekolah di SK Pulau Tinggi bagi sesi 2024/2025. Murid Tahun 1 melawat kawasan sekolah Waktu rehat Waktu Pulang