Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2019

Ceramah Awal Remaja SKPT 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Hari ini telah berlangsungnya ceramah awal remaja yang telah disampaikan oleh 2 orang penceramah, iaitu Puan Yuziami dan Encik Ahmad Shahir. Antara tujuan program ini dijalankan adalah untuk  *  Memberi pendedahan kepada murid-murid dalam menempuhi alam remaja. * Dapat membuat persediaan diri dengan lebih awal untuk menempuhi alam remaja dengan penuh yakin. *   Dapat menerima dan memahami akan perubahan fizikal, mental dan emosi diri dengan sebaik mungkin. * Tahu menjaga keselamatan diri dan menjaga adab sopan. *   Tahu menjaga kebersihan diri dan kesihatan diri dengan sempurna.

Bulan Sukan Negara ( Sukan Rakyat)

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Kemeriahan sambutan Bulan Sukan Negara diteruskan lagi dengan acara Sukan Rakyat dimana sebanyak tiga acara sukan rakyat telah dipilih, antaranya ialah, boling kelapa, baling selipar dan tarik tali. Acara ini telah disertai oleh guru-guru dan murid-murid SK Pulau Tinggi. Antara tujuan sukan rakyat dipilih adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sukan tradisional dan permainan rakyat Malaysia yang dimainkan pada waktu lapang pada zaman dahulu. Secara tidak langsung, sukan rakyat ini tidak hilang ditelan zaman.

We Care We Share, Porgram BACK TO SCHOOL

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Alhamdulillah, hari ini SK Pulau Tinggi telah menerima kunjungan daripada warga SK Sultan Hisamuddin Alam Shah, Kuala Lumpur. Seramai 40 orang peserta termasuk guru pengiring yang telah terlibat dalam program ini. Peserta terdiri daripada murid-murid tahun 6 yang telah menduduki UPSR yang lalu. Program hari ini telah dirasmikan oleh Cik Dalilah binti Saparon, GPK 1 SKSHAH. Guru Besar SKPT, EN. Othman bin Taib telah menyambut baik ketibaan warga SKSHAH ke SKPT.  Antara pengisian program pada hari ini adalah sesi pengenalan sekolah pedalaman 3 dan sekolah ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Selain itu, pihak SKSHAH telah menyampaikan sumbangan kepada murid-murid dan kepada pihak SKPT sendiri. Semoga program pada harini dapat memberi pendedahan kepada murid mahupun murid pedalaman dan murid di tanah besar tentang suasana berada di sekolah yang berbeza prasarananya. Pihak sekolah berbesar hati menerima kunjungan daripada pihak SKSHAH