Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2023

Hari Anugerah Cemerlang 2022/2023

 Assaalamualaikum dan salam sejahtera... Hari ini telah berlangsungnya kemuncak segala program bagi sesi persekolah 2022/2023 iaitu, Hari Anugerah Cemerlang (HAC) dan hari pelaporan. Pertama sekali pihak sekolah amat berbesar hati diatas kesudian Koperal Muhammad Noorfaiz bin Darus, Pegawai Perhubungan Sekolah, kerana hadir ke HAC dan secara langsung merasmikan majlis pada hari ini.  HAC diadakan bertujuan untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada semua warga SK Pulau Tinggi yang telah berkhidmat dan menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang sesi 2022 hingga 2023. Pihak sekolah juga mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah menerima anugerah. Semoga dengan adanya penghargaan seperti ini dapatlah meningkatkan lagi semangat murid-murid SKPT untuk terus cemerlang pada masa akan datang. Tidak lupa juga pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih buat ibu bapa dan penjaga yang sudi hadir dan memberi sumbangan juadah pada majlis hari ini. Jasa baik tuan dan puan hanya Tuhan