Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2023

Meyuarat Agung Kelab Pencegahan Jenayah dan Kelab Rukun Negara sesi 2023/2024

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hari ini telah berlangsungnya meyuarat kali pertama bagi melantik AJK baharu Kelab Pencegahan Jenayah dan Kelab Rukun Negara. Murid-murid Tahun 3 sangat teruja mengikuti aktiviti Koko pada hari ini. Hal ini kerana murid-murid Tahun 3 kali pertama menyertai aktiviti kelab dan persatuan. Jawatankuasa yang telah dilantik melalui undian adalah seperti berikut: PENGERUSI NUR MIEYA SOFFIA BINTI ABDULLAH NAIB PENGERUSI NUR QALEESYA SYAFIAH BINTI MUHAMAD AKMAL SETIAUSAHA PUTRI UMAIRAH BINTI MUHAMAD NOOR PENOLONG SETIUSAHA NUR SYAFAWATI ZAHIRAH BINTI ABDULLAH BENDAHARI NUR HIDAYAH BINTI ZURINI PENOLONG BENDAHARI NUR ALIESYA BINTI MOHAMAD ABBY RAZALI AJK MOHAMAD ARASH AMSYAR BIN ISMAIL   AHMAD FAIZ BIN AHMAD SHAHIR   NURUL UMAIRAH BATRISYA BIN

Gotong-royong PIBG

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Ahlamdulillah hari ini telah berlangsungnya aktiviti gotong-royong membersihkan halaman sekolah bersama ibu bapa dan guru. Pihak sekolah amat berbesar hati dengan sokongan yang ditunjukkan oleh para ibu bapa yang sudi hadir bersama-sama bagi menjayakan aktiviti gotong-royong pada hari ini. Tidak lupa juga kepada Encik Rahaman bin Ali, YDP PIBG merangkap Ketua Kampung Pulau Tinggi, turut hadir bersama-sama pada kali ini. Akhir kata, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah hadir pada hari ini. Jasa baik tuan dan puan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya. Ingin berkongsi rezeki, sila tekan sahaja link dibawah :D Sumbangan Ikhlas

Hiking mencari sumber air

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Setelah hampir 2 bulan rumah guru di SK Pulau Tinggi tidak mendapat sumber air yang berterusan. Hari ini guru-guru telah meminta tolong beberapa orang kampung untuk bersama-sama mendaki bukit Pulau Tinggi untuk mengenalpasti punca sumber air yang tersekat. Ketiadaan air yang memakan masa hampir 2 bulan membuatkan guru-guru berasa tidak selesa kerana terpaksa mencatu penggunaan air dan membawa bekalan air dari tanah besar dengan banyak. Walau bagaimanapun, kami guru-guru tetap terus bersemangat untuk sentiasa berada di Pulau Tinggi demi melaksanakan amanah dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak Pulau Tinggi.  Kami pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk kampung kerana sudi membantu kami dalam menyelesaikan masalah air di rumah guru kami. Jasa baik pihak tuan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya.

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2023/2024

 Assalamualaikum dan salam sejahtera..  Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana limpah dan kurnyaNya dapatlah guru-guru bersua muka semula bersama anak-anak murid setelah bercuti selama 4 minggu.  Hari ini 19 mac 2023 merupakan hari pertama bagi sesi persekolahan tahun 2023. Seramai 19 orang murid pada tahun ini yang telah mendaftarkan diri untuk bersekolah di SK Pulau Tinggi. Peningkatan jumlah murid di SK Pulau Tinggi sedikit sebanyak dapat membantu kelancaran program-program yang telah dirancang oleh guru-guru bagi sesi persekolah pada kali ini. Jumlah murid mengikut pecahan bilik darjah : Tahun 1 Arif : 4 orang Tahun 2 Arif : 3 orang Tahun 3 Arif : 3 orang Tahun 4 Arif : 3 orang Tahun 5 Arif : 4 orang Tahun 6 Arif : 2 orang Jumlah keseluruhan : 19 orang PERHIMPUNAN RASMI GURU KELAS MEMBAWA MURID TAHUN 1 MELAWAT KAWASAN SEKOLAH AKTIVITI MEWARNA WAKTU REHAT PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 AGIHAN BUKU TEKS  Bagi yang ingin berkongsi rezeki, sila tekan sahaja link dibawah sumbangan ikhl