Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2023

Majlis Penutupan Minggu Transisi Tahun 1

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Hari ini 16 April telah berlangsungnya Majlis Penutupan Minggu Transisi Tahun 1 bagi sesi 2023/2024. Majlis pada hari ini telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Shahir bin Shafie, GPK 1 SK Pulau Tinggi. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid Tahun 1 kerana berjaya mengharungi sesi persekolahan selama 4 minggu ini. Semoga anda semua akan terus cemerlang pada masa akan datang. Murid-murid Tahun 1 yang berdaftar di SK Pulau Tinggi adalah seramai 4 orang, iaitu: 1. MUHAMMAD AMMAR FIRDAUS BIN MOHD RIDZUAN 2. MUHAMMAD SAIFULLAH BIN ABDUL AZIM 3. MUHAMMAD HAZIQ AIMAN BIN MOHD KHAIROL 4. NUR RANIA RAISYAH BINTI MUHAMMAD ANUAR

Majlis Khatam Al-Quran, Program Talam Ar-Rizq & Serahan Bantuan Hari Raya MAINJ

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hari ini 12 April sedang berlangsungnya "Majlis Khatam Al-Quran, Program Talam Ar-Rizq dan Serahan Bantuan Hari Raya daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor". Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah dan kurniaNya majlis pada hari ini dapat berjalan dengan lancar. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih diatas kesudian pihak MAINJ yang turut sama bagi memeriahkan lagi majlis pada hari ini.  Antara inti pati program pada hari ini adalah: 1. Majlis Khatam Al-Quran 2. Ceramah 3. Program Talam Ar-Rizq 4. Solat Isyak dan Tarawikh berjemaah 5. Penyampaian bantuan hari raya