Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2023

Hari Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Hari ini sedang berlangsungnya Hari Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah dimana hari ibu bapa dapat melihat sendiri prestasi anak-anak mereka dari awal tahun hingga ke hari ini. Majlis hari ini dimulakan dengan sedikit penerangan berkenaan PBD, oleh Encik Ahmad Shahir bin Shafie, GPK 1 SK Pulau Tinggi, bagi memberi pemahaman awal kepada ibu bapa tentang apa itu PBD. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan jayanya dan ibu bapa dapat menerima keputusan anaknya dengan hati terbuka. Akhir kata, pihak sekolah mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada ibu bapa yang hadir ke sekolah pada hari ini. Kerana tuan dan puan berjaya menunjukkan bahawa anda sangat prihatin dengan pendidikan anak-anak.

Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan SK Pulau Tinggi 2023

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Alhamdulillah... setelah sebulan lebih program sambutan Bulan Kebangsaan ini dijalankan, kini tibalah sudah ke acara penutupan. Perasmian penutupan majlis pada hari ini telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Shahir bin Shafie, GPK 1 SK Pulau Tinggi. Sepanjang bulan kebangsaan ini, pelbagai pertandingan yang telah dijalankan. Antaranya ialah: Pertandingan Mewarna : Pertandingan Congkak Pertandingan Mewarna Batik Pertandingan Lagu Patriotik Pertandingan Mereka Cipta Rumah Merdeka Pertandingan Busana Merdeka Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang Akhir kata, pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua para pemenang. Bagi yang tidak berjaya jangan berputus asa dan cuba yang terbaik pada masa akan datang insyaAllah....