Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2020

Pelancaran Bulan Kemerdekaan kali ke 63 Tahun

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,.. Hari ini telah berlangsungnya majlis ringkas sempena " Pelancaran Bulan Kemerdekaan Kali Ke 63 Tahun", bertempat di kantin SK Pulau Tinggi. Program pada hari ini telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Shahir bin Shafie, GPK Pentadbiran, SK Pulau Tinggi. Sambutan pada tahun ini sedikit berbeza daripada tahun sebelumnya. Hal ini kerana, negara kita masih lagi berhadapan dengan Pandemic Covid-19. Aktiviti pertandingan telah banyak berubah dan lebih menjurus kepada aktiviti individu. Semoga segala aktiviti yang telah dirancang oleh penganjur iaitu Ketua Panitia Sejarah, Encik Abdul Raqib bin Md Hanipah, dapat berjalan dengan lancar. #salamkemerdekaan63tahun #kitajagakita #staysafe

Misi membersihkan dem air kampung Pulau Tinggi

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada 15 Ogos 2020, hari Sabtu yang lalu. Kami guru-guru SK Pulau Tinggi telah bersama-sama orang kampung mendaki bukit Pulau Tinggi untuk membersihkan paip yang tersumbat. Hal ini kerana air daripada dem bukit Pulau Tinggi terlalu perlahan dan tidak masuk kedalam tangki air. Kami seramai 6 orang kekuatan iaitu 3 orang kampung Pulau Tinggi, Encik Zan bin Othman, Encik Aizat bin Lukman dan Encik Khairulzakirin bin Mohd Yusof. Manakala 3 orang guru telah mewakili pendakian pada kali ini iaitu, Encik Ahmad Shahir bin Shafie, Encik Hamzi bin Esahal dan Encik Raqib bin Md Hanipah. Pendakian pada ketinggian 208 meter dari paras laut dan turun bukit pada kali ini memakan masa 2 jam 33 minit iaitu sejauh 5.5 kilometer. Semoga dengan aktiviti hujung minggu seperti ini dapat menurun berat badan guru-guru yang semakin berkembang sejak akhir-akhir ini..  sekian.... #kredit video: cikgu abdul raqib