Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2023

Gotong-royong Membersihkan Kelas Bimbingan

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.... 9 Jun 2023, telah berlangsungnya gotong-royong bersama PIBG bagi membersihkan kawasan kelas bimbingan. Habuk yang tebal dan lantai yang kotor semuanya telah dibersihkan oleh ibu bapa dan guru sendiri. Kelas bimbingan ini juga telah mengalami banyak kerosakkan. Antaranya ialah, kipas. Hanya 1 sahaja kipas yang masih berfungsi. Oleh yang demikian, YDP PIBG, Encik Rahaman bin Ali telah menyumbangkan 2 buah kipas siling bagi kegunaan kelas bimbingan pada hari Sabtu ini. Tujuan pihak sekolah dan PIBG membersihkan kelas bimbingan ini adalah kerana, pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak yang berumur 6 hingga 7 tahun telah kembali beroperasi, setelah sekian lama ditutup semasa musim pandemic Covid 19. Program pendidikan awal kanak-kanak ini diadakan kerana, SK Pulau Tinggi tiada Pra-sekolah. Hal ini kerana, murid-murid yang bakal melangkah masuk ke Tahun 1, kebiasaannya tidak langsung mengenal huruf dan nombor. Bagi langkah mencegah murid tercicir

Mesyuarat Agung PIBG sesi 2023/2024

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... 7 Jun 2023, telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan PIBG bagi sesi 2023/2024. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, kerana limpah dan kurniaNya majlis pada hari ini dapat berjalan dengan lancar. Mesyuarat pada hari ini telah dipengerusikan oleh Encik Rahaman bin Ali, YDP PIBG. Pihak sekolah amat berbesar hati dan terharu dengan semangat yang ditunjukkan oleh ibu bapa murid-murid SK Pulau Tinggi yang telah hadir bersama-sama pada malam ini bagi membincangkan hala tuju kecemerlangan sekolah dari segi pendidikan dan juga sukan. Pelbagai perkara dan hal-hal lain telah dibincangkan dan telah mendapat kata putus dengan sokongan yang baik. Oleh itu, diharapkan dengan segala cadangan dan perancangan yang telah disuarakan dapatlah kita bersama-sama menjaya hasrat ini dan semoga SK Pulau Tinggi akan terus cemerlang, terbilang dan gemilang. Akhir kata pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa murid-murid di SK Pulau Tinggi, k