Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2021

Makluman...

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Dukacita dimaklumkan kepada semua warga Pulau Tinggi bahawa, Encik Abdul Raqib bin Md Hanipah akan meninggalkan Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi yang telah berkuat kuasa pada tarikh 4 Julai 2021. Cikgu Abdul Raqib atau panggilan mesra beliau "Papa" oleh anak-anak murid di SKPT akan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Bandar Mersing. Pemergian beliau amat meninggalkan kesan buat warga SKPT. Hal ini kerana beliau merupakan seorang guru yang hebat dan berdedikasi. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih diatas segala sumbangan yang telah diberikan oleh beliau. Untuk pengetahuan semua. Cikgu Abdul Raqib mula berkhidmat di SKPT pada tanggal 29 Januari 2015. Selama 6 tahun beliau berada di SKPT, banyak sekali jasa dan sumbangan beliau demi kebajikan dan pendidikan khususnya buat anak-anak di Pulau Tinggi. Semoga dengan langkah baharu ini, Cikgu Abdul Raqib akan terus menjadi seorang guru yang cemerlang dan hebat pada masa akan datang..