Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

Pelaksanaan Program Kem Membaca 1Malaysia 2016 (KM1M 2016)

Kem Membaca 1Malaysia (KK1M) merupakan salah satu program Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program ini diadakan selama tiga hari iaitu pada 3 hingga 5 April 2016 dengan tema "Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia". Antara objektif yang ingin dicapai melalui pelaksanaan program ini adalah:- 1. Memupuk minat membaca secara berterusan. 2. Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai tempat rujukan bahan bacaan. 3. Memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid. Tentatif Program:- 1. Majlis Pelancaran Program Kem Membaca 1Malaysia  Pelancaran Program Kem Membaca 1Malaysia 2. Aktiviti Membaca Buku 3. Pertandingan Mewarna Poster KM1M 4. Kuiz Berkumpulan KM1M 5. Pertandingan Bercerita KM1M Juri pertandingan bercerita, Ustaz Shahir dan Encik Aizat Adik Suhana menyampaikan ceritanya Adik Nor menyampaikan ceritanya Adik Adh