Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada 12 Mac 2020 yang lalu. SK Pulau Tinggi telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul dengan kerjasama Sekolah Agama Pulau Tinggi dan Komuniti Pulau Tinggi. Acara sambutan Maulidur Rasul merupakan acara wajib disambut pada setiap tahun di Pulau Tinggi. Kemeriahan acara telah bermula pada 10 Mac 2020 dimana guru-guru serta warga Pulau Tinggi telah bersama-sama bergotong-royong memotong daging, ayam dan sebagainya di perkarangan Masjid Pulau Tinggi. Mereka sangat komited membantu pihak sekolah agar majlis ini dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, terdapat pelbagai acara yang dipertandingkan, iaitu pertandingan mewarna keluarga, pertandingan khat kanak-kanak dan pertandingan tulisan jawi pada sebelah petang. Manakala pada sebelah malam pula, berlangsungnya pertandingan laungan azan kanak-kanak dan dewasa, hafazan kanak-kanak dan dewasa, dan kuiz jawi. Penyertaan bagi kesemua acara yang dipertandingan sangat menggalakkan. Seter