Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2022

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Pulau Tinggi 2022

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Pada 14 dan 15 Oktober 2022. Warga Pulau Tinggi telah bersama-sama meraikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Pulau Tinggi. Tujuan sambutan ini diadakan untuk menunjukkan kasih dan cinta kita buat Nabi junjungan, Nabi Muhammad S.A.W.  Sambutan pada kali ini merupakan majlis yang terbesar bagi penduduk Pulau Tinggi selepas Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Setiap tahun Pulau Tinggi akan menyambut sambutan Maulidur Rasul selama dua hari. Hal ini kerana, pada hari pertama warga Pulau Tinggi akan bersama-sama bergotong-royong bagi membuat persiapan majlis sehingga hari kemuncaknya pada hari yang kedua. Tetamu jemputan pada kali ini telah dihadiri oleh Yang dihormati Tuan Hj Saiful bin Atan, Pegawai Pendidikan Daerah Mersing. Tuan Hj Khairudin bin Salimin, Kadi Daerah Mersing. Ustaz Mohd Sofian bin Adam, Penolong Pegawai Unit Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Islam Daerah Mersing. Keunikannya sambutan Maulidur Rasul pada kali ini ialah, pendudu